Wednesday, April 27, 2011

~SEMINGGU YANG PADAT~

~Assalamualaikum~


rasanya lebih kurang seminggu cikzahiyyah tak update blog ni. dah berhabuk rasanya. sebenarnya last week cikzahiyyah sgt lah busy+ tak sihat (batuk je). cikzahiyyah nak korg cuci mata tgk aktiviti yang cikzahiyyah dah lakukan mggu lepas.

rabu kuliah falsafah~mls nak salin note..snap je

jumaat-tolong rumate promote perfume...wangi+byk function+affordable


~sekotak ada 3 botol~


Jumaat-ada talk ttg wanita y disampaikan oleh kak Suzana Ghazali
 penasihat rumah tgga dan syariah.
dapat byk info yang berguna ttg hak wanita sebelum, semasa dan selepas kahwin


tekun mendengar

hari Sabtu dan Ahad- ada kem di In-sight G-Jan Camp


buat ayam pansuh (dlm buluh)
kumpulan cikzahiyyah dapat perasa kunyit

nak jugak~

my classmates~

~seranta~
cikzahiyyah bertugas sbg MC dalam majlis penutup perkhemahan

bersama rakan setugas saudara Nazrin
(konon pembaca berita TV3...kikiki)

~perasmi~

cantik tak hasil aktiviti kumpulan cikzahiyyah

ouh...perasan+gedik


pagi td- 27/4/11
sebelum photoshoot utk majalah Institut


antara kelas yang terlibat dengan photoshoot hari ni


"Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi[Allah membangkitkan manusia sesudah mati kelak di akhirat]. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (QS Al-‘Ankabut [29] 20)
p/s: walaupun badan penat tapi pengalaman yang diperoleh membuatkan kita puas :-)

Thursday, April 21, 2011

MY BABY

assalamualaikum


first sekali jangan salah faham dengan tajuk entri kali ini ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik yag bercadang nak buat cikzahiyyah jadi menantu (tolong abaikan ayat diatas)

this is not like what are u expecting ok (betoikah ini ayat???)

tadi cikzahiyyah solat Zohor kat masjid. sebelum melangkah masuk kat dalam ruang masjid, cikzahiyyah terpandang seorang bayi yang SANGAT comel. apa lagi terus la meluru ke arah si kecik itu. sangat comel la itu budak.geram. kulit sangatlah putih macam anak cina. pipi putih+gebu+merah+tembam. kalau korang jadi cikzahiyyah geram tak? mesti la geram kan. yang seronoknya ngan baby ni ialah dia mesra alam dan asyik depa-depa tangan mintak didukung. ala comelnya dia. setelah main-main dengan si kecik tu, cikzahiyyah pon pergilah menunaikan solat Zohor.


korang jangan tak tau ya yang cikzahiyyah ni seorang yang sangat suka dengan kanak-kanak dan juga para bayi. bukan setakat cikzahiyyah tapi seluruh ahli keluarga cikzahiyyah. mungkin dah terpengaruh dengan ayah cikzahiyyah yang sangat mesra dengan kanak-kanak. satu yang cikzahiyyah tabik dengan ayah cikzahiyyah ialah semua baby nak dengan dia. apa la yang ada pada my daddy tu agaknya. 

pengalaman mengasuh baby secara total ialah adik bongsu cikzahiyyah. memandangkan kelahiran adik cikzahiyyah adalah sangat dinantikan oleh kami jadi kami tidak kisah untuk mengasuh si kecik itu walaupun basuh berak dia. kami tiga beradik sangat cemerlang sekiranya untuk diberi tugas mengasuh baby kecik ni(perasan seketika)

sekarang baby kecik yang menjadi mangsa kami ialah anak cousin cikzahiyyah sebelah rumah Muhd Rafiq Rayyan. rindu pulak kat budak kecik ni. kalau balik rumah mesti nak kena tengok dia. kadang-kadang kalau mak dia ada hal cikzahiyyah dan keluarga yang mengasuh si kecik ni.

begitulah entri cikzahiyyah kali ini. cikzahiyyah dan para bayi dan kanak-kanak tidak dapat di pisahkan. (dah nampak ciri-ciri keibuan la tu...wakakaka)


koleksi bayi yang ada dalam family cikzahiyyah


adik bongsu cikzahiyyah(kecik)
 harith mukhlis

harith mukhlis 

afiq

alia aqilah

rafiq rayyan

aniq mualfy
fatin nabila

p/s: tenang bila tengok muka kanak-kanak yang suci tanpa sebarang dosa.

Monday, April 18, 2011

20 sudaa

السلام عليكم

pelanggan berokband tlg bukak video ni sambil baca entri kali ni


Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana DIA mengizinkan aku untuk bernafas sehingga ke detik ini
Sesungguhnya semakin bertambahnya umur semakin dekat kita melangkah untuk menemui pencipta
Ya Allah..permudahkanlah aku untuk pergi menemuimu
Sesungguhnya aku takut kiranya aku tersadung di tengah jalan kerana dosa yang telah aku lakukan

 
buat kekasih mak tersayang
kaulah wanita yang paling hebat pernah aku temui
terima kasih kerana sudi 
mengandung
melahirkan
menyusu
mengasuh
mengasihi
dan sbgnya
sesungguhnya jasamu tak terbalas oleh anakmu ini
tiada kata yang dapat kuucapkan betapa aku sayang padamu 
tiada hadiah yang dapat kuberikan untuk memberitahumu betapa besarnya jasamu padaku


Buat ayah tercinta
terima kasih atas segala yang telah kau berikan pada anakmu ini
hanya doa dan deraian air mata sahaja yang dapat ku pohon 
pada Maha Pencipta agar kau diberi ganjaran yang selayaknya
terima kasih duhai ayah


Guruku
kau bagaikan ibu dan ayahku
tanpa usaha dan doamu tak mungkin aku sampai ke tahap ini
apa yang keluar daripada mulutmu bagaikan mutiara yang amat berharga
terima kasih duhai guru


sebak tak entri cikzahiyyah kali ini.? besday kali ini cikzahiyyah sambut dalam keadaan demam selesema dan batuk. so, rasa macam lagi syahdu. ucapan besday  telah disampaikan oleh mak, dan semua kawan-kawan melaui FB, mesej, dan juga call. terima kasih selagi buat kalian. tp hadiah tak nmpak lg pon...huahuahua..
cikzahiyyah tak harap pon. apa yang lebih penting ialah ingatan. (tp klu bg ambek la)


p/s: hepi besday to me ~ dah 20 dah =boleh kahwin :-)

Saturday, April 16, 2011

sesudah esaimen

السلام عليكم
-
-
-
Sunyi, sepi, tenang, aman, damai dan seangkatan dengannya.
Itulah istilah yang dapat menggambarkan suasana pada hari ini.
Keadaan di Kolej Siti Aisyah bagaikan dihuni oleh 2 org penghuni sahaja.
Ke manakah penghuni2 yang lain???
Itulah lumrah apabila semua orang selesai menyiapkan segala esaimen yang telah diberi.


Ada yang pergi ke pc fair di KLCC.
Ada yang pulang ke rumah.
Tak kurang juga yang melawat ke alam mimpi.
Semua orang bahagia dengan cara masing-masing.
Cikzahiyyah telah memilih untuk menonton drama korea di bilik sahaja.
Niat di hati ingin pergi ke klcc nak jalan-jalan
Tapi duit pon dah kering-kontang
so, bukak panggung kt bilik je la
hmmm...


MY FAIR LADY....drama korea yang lebih 6 bulan dipinjam daripada best fren cikzahiyyah :-)

Ketika org lain sedap menjamu selera di food court Alamanda, resipi rahsia, chaiyo, soho, KFC, McD dan semua kedai makan yang ada di malaysia
Cikzahiyyah lebih senang makan biskut Jacob Weetameal dgn biskut Danisa (free beli kopi 3in1) sambil dicicah dengan kopi berjenama KOPIKO sahaja.

sedap kalau minum dengan kopi RADIX...mai secawan~

Begitulah kehidupan yang dihabiskan sewaktu hujung minggu sebelum minggu peperiksaan menjelma


p/s: esok nak buat apa pulak ni...pening2

Monday, April 11, 2011

without you

السلام عليكم

jom kita hayati bait2 lirik lagu ni~

~without you~
by: same same

The first time I saw you?I knew 

I knew I luv U coz my heart stopped 
The first time I hear you?.. I knew 
I knew I luv u coz my heart stopped 



Coz? I ?la la la la la la 
Love You? 



Love can make U feel so funny 
No house no car not even money 
Will make me feel the way 
What I?m really tryin to say 
I can?t live another day 
Without You oh ?without You 



The first time I kiss U I knew 
I knew I had U coz? your heart stopped 
The first time I miss u I knew 
I knew I never wanna leave you 


Coz? I?la la la la la la 
Love You? 



Because I...la la la 
Love You ?love You?
the most beautiful woman(my mom) yang pernah cikzahiyyah jumpa (yang sebelah kanan la)

Suka lagu ni sebab dia slow ja. The most important about this song ialah lagu ni sangat meaningfull. lagu ni hit di radio masa cikzahiyyah form 3. ok kita bayang person y kita nak dedikasikan lagu ni ialah mak kita ok???...so kita akan lebih touching drpd biasa. kalau rajin nak dgr lagu ni cr ja dekat  inche youtube

p/s: esaimen x siap g tp sempat je post benda2 yang xdak faedah ni. 

Sunday, April 10, 2011

Assalamualaikum

Tadi bangun pagi terus tengok fon. 10 april. Maksudnya esok kawan2 cikzahiyyah dekat matrik akan ambek final exam. Diorang ni ambek program dua tahun kt matrik. a.k.a PDT. Sebenarnya cikzahiyyah merupakan salah seorang bekas pelajar matrik program PDT. Konon2 tymtu bla  abeh mtrik nak smbg medic la.  Nak jd doktor pakar jantung  pisang.


 "Manusia merancang, dan Allah juga merancang.Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan."




Tapi memandangkan cikzahiyyah telah mendapat tawaran untuk belajar di institut perguruan (IPG). So, cikzahiyyah pon menyahut seruan untuk meramaikan lagi warga guru di Malaysia. 

Tutuplah sejarah tu. Actually cikzahiyyah terfikir kalau cikzahiyyah duduk matrik lg mesti cikzahiyyah sdg study tungging terbalik. eh paham ke??...Tapi kalau cikzahiyyah still dekat matrik lg adakah cikzahiyyah akan study secara menggila??(wonder). Takde siapa mampu mnjawabnya.

Oh....mksdnya study dekat institut perguruan ni rilex je ke???

Excuse me, sapa y ckp mcm tu? Biar cikzahiyyah PANG dia sekali. Cuba ckp study kt mana yang senang yang oii. Nak belajaq buat belacan  pon susah apatah lg dekat IPG. Tapi ade tyme rilex, ade tyme kalut.

Kawan2 sekolah (pompuan)  cikzahiyyah y masuk matrik sama ngan cikzahiyyah ade 3 orang. So, sekarang dorang sedang struggle  buat persiapan nak g perang esok. Tadi cikzahiyyah call diorang untuk wish gud luck. Dan sorang kawan cikzahiyyah, tasya akan belanja cikzahiyyah klu dia dpt 4 rata~ "tasya, i'll keep your word"

Cikzahiyyah mmg rapat ngan kwn2 kt sekolah menengah (SMKAK). Diorang the best and the coolest. Sampai sekarang ktorg still keep in touch among each other. Kalau sape2 cuti pasti ada gathering or small reunion y akan berlaku dekat AS city (bukan amerika syarikat). 

Finally cikzahiyyah nak wish sekali lagi dekat kwn cikzahiyyah untuk final exam y akan bermula esok (mgkinkah dorg akan bca post aku ni?)
PT, TASYA n PJAH...good luck in your exam. I know u can do it. Aku sentiasa doakan kejayaan hampa (kamu semua). Serious cakap aku rindu kt hampa semua. waaaa..nak nanges~ *_*,




" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)


p/s: ada kawan dkt matrik wish la...bgn pg terus merapu....sorry la ye :-)

Saturday, April 9, 2011

radi0 vs mus!c

السلام عليكم


Sebenarnya mlm ni  tak tau nak post tentang apa. Memandangkan waktu cikzahiyyah sedang menekan papan kekunci laptop cap ACER ni cikzahiyyah sedang mendengar radio(guna earphone) cik zahiyyah nak story ttg lagu dan radio. Actually cikzahiyyah memang suka dgq lagu. Tak kisah genre apa pon. Memandangkan sekarang ni cikzahiyyah  bakal b'gelar pendidik, cikzahiyyah xdak la obses sgt nak m'hafal lagu2 yang didengar.

~dgr lagu ni sambil baca~

Tapi klu zaman sekolah dlu mmg ya. Mmg dah tahap drug addicted dah. pernah sekali tu, cikzahiyyah balik umah (dr hostel) mak cikzahiyyah cakap radio dalam bilik dah rosak. Adoyai. Rasa mcm xboleh nak buat keja. Mcm mana aku nak buat homework ni. Jd cikzahiyyah pon cakap dgn mak.

cikzahiyyah: mak, jom kita p beli radio

mak: awat pasai apa?

cikzahiyyah: kak x boleh nak buat keja sekolah la klu  xdak radio

mak: ok nnt kita ajak ayah p beli

Terima kasih buat mak ngan ayah sebab sentiasa menunaikan permintaan kak.





Sampai mcm tu sekali. Nak kata prestasi tu ala-ala amalina che bakri tu xdak la. Tp mgkin kami b'kongsi cara study yang sama kot. sebenarnya, bila kita dgr lagu y kita suka kita akan lagi laju buat keja. Betoi kan?? Klu kt klas prep plak cikzahiyyah selalu dgq lagu/ radio guna scanner/ walkman. Memandangkan kami pompuan dan pakai tudung labuh. So, org xtau kami dgr walkman or scanner. (adik-adik jgn ikut perangai ni.) hahaha.Tp klu kantoi pandai muka je la. Tp cikzahiyyah xpernah kantoi la buat xtvt tu. Selalunya aktiviti tu dilakukan secara berduet. Berduet tu mksdnya pakai earphone sorg sebelah. Tyme tu klu nmpak sapa y rapat pelik semacam tu mesti xdak bnda len la . Dgr radio la tu.

Channel mana plak cikzahiyyah suka dgr??? 

Masa sekolah dulu cikzahiyyah selalu bukak HOT FM, FLY FM, dan HITZ. FM. Rncgn yang paling best  mesti lah carta lagu. Skrg ni pon still dgr lagu dekat channel tu. Tapi jarang la. klu mengantuk mesti sumbat earphone kt telinga. Tp volume dia cikzahiyyah bg slow la. Klu kuat xdgq pla apa y cikgu ajar.(baguskan??) Waktu tu korg ty la lagu apa y cikzahiyyah x tau. Penyanyi mana y cikzahiyyah x kenai. But those was the memory. Skrg cikzahiyyah dah mls nak ambil port dlm bab2 tu. Just take it as an entertainment.

Skrg bila dgq lagu yang ada kenangan tyme sekolah mesti berangan seketika. Pastu ada la yang nak teringat kt kwn2. Of coz la. Cikzahiyyah mmg rapat dgn kawan2. Cikzahiyyah bleh tau sapa y minat mana2 lagu . Mcm mana x taunya bila sorang sebut " weyh lagu where'd u go- fort minor ", Pastu ada la suara yang menjerit histeria nak dgr lagu tu sambil b'lari-lari anak. nak t'gelak pon ada bila ingat balik. Selain itu, (skema abeh ayat ni) sbb radio jugak la cikzahiyyah kena isi borg disiplin. Sori xleh cerita kt sini . Klu nak tau kena ty secara personal. Semua  tu merupakan  kenangan yang sangat bernilai buat cikzahiyyah. 

Cukup la kot entri untuk kali ini. cikzahiyyah nak sambung buat esaimen sambil dgr FLY FM ni. Insyaallah kalau ada masa cikzahiyyah nak cerita  lg pengalaman yang cikzahiyyah  and the gang lalui waktu kt sekolah dulu. Tp korg kena terus follow la.

p/s: suka sgt dgr lagu Akon- best..hik3

Friday, April 8, 2011

lumrah kehidupan

السلام عليكم


 Entri kali ini ditulis ketika cikzahiyyah sedang membuat esaimen PBS( apa motif bg tau ni??? nak ckp diri tu rajin ke???)
Hari ini cikzahiyyah menjalani kehidupan yang tenang dan sejahtera mcm teks ucapan plak...kih3
Berbeza dengan hari-hari sebelumnya cikzahiyyah telah diekori dgn pelbagai dugaan dan tekanan y boleh membekukan mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Nonsense!!!
Tp itu mmg fakta yang korang xboleh nak auta.
Masalah merupakan perencah yang akan mengindahkan lagi kehidupan kita

Hahh?? X paham??

Ok let's me explain.
Analoginya mcm nilah.
Kalau kita nak makan sambal tumis petai dengan udang 
nak sambal tu sedap mestilah ada rasa garam, gula, dan asam. Semua cukup rasa Then barulah sedap.



(teringat gambar sambal udang dekat mr GOOGLE..wawawa..sedapnya) 


Mcm tulah jugak dengan kehidupan kita. Kalau asyik rasa gula ja boleh kena penyakit kencing bergula manis tau....maksud yang tersirat ialah kalau kita asyik berada di zon yang selesa ja kita tak akan merasakan apa itu nikmat kehidupan. 

Namun kalau kehidupan kita tu asyik diuji dengan masalah ja jgn pula merungut. Sebenarnya pada waktu itu  kita sebenarnya sedang diuji oleh ALLAH. Pada waktu mcm nilah  kita dapat mengukur tahap keimanan kita. bg ceramah la pulak cikzahiyyah

No!!! Ni semua dah t'tulis dalam al-Quran la sayang oiiii

Firman Allah:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman,              sedangmereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)





Firman Allah:

Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, yaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah? (Al Baqarah: 214)


Allah dah sebut dalam Al-Quran pasal ujian ni. kita sebagai hambanya mestilah berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang bijaksana dan berhikmah.

Kebaikan yang bakal kita peroleh ketika diuji ialah kita dapat melihat kawan mana yang akan menolong kita sewaktu kita dilanda  masalah. Bak kata m.cik2 dekat kg cikzahiyyah a friend in need is a friend indeed.



with my roomate...kitorang pon kdg2 ade masalah gak tp xde la sampai bergusti
Selain itu, kita juga dapat muhasabah diri kita ttg segala perbuatan yang telah kita lakukan sebelum ini...pastu kita dapat melakukan  perubahan terhadap kesalahan atau kekurangan kita itu.

p/s:orang y paling bermasalah adalah orang y x tahu apa masalah yang dia hadapi

Wednesday, April 6, 2011

????kereta????

Hari ni cikzahiyyah nak kongsikan kisah yang cikzahiyyah dapat drpd komik institut tempat cikzahiyyah belajar. Korg lyn la ek bce cter ni.


Alkisah nak dijadikan cerita adelah hamba Allah ni yang suka sgt kt awek cun nie. Banyak orang minat kat awek sorg nie. Sampaikan aku sendiri pon cair. Banyak kali aku tegur aweks nie tp dia buat tak layan je. Mcm tunggul aku dibuatnya. aku yang hensem ni pun dia x pndg. Lepas dua tahun kt kampus, tahu-tahu je aweks ni dah berpunya. frust glerr!!!!!!!..waaaaaaaaaaaaaa. Orang yang berjaya tackle awek ni ialah roomate aku sendiri.perghhh!!!! Teman rapat aku tue aku pon usha mamat ni


"erm...mat, aku dengar ko dah couple dgn aweks tue," kata aku dgn slumbernya. sebenarnya aku tgh tahan  marah dengan mamat nie...konon jelez arr.

"mmg betol pon. Knape?? ko jelez ke????
panas betol aku mendengarny. Sabar je la.

camne ko buleh tackle dia ekk??? Bukan main byk laki minat kat dia, ko jugak yang dapat???? Ko dating ngan dia ke?? Atau ko message dia???

"tak main la dating ngan message nie...guna kereta je."

"??? kereta???"

"aku bawak kereta dari johor ke perlis terus masuk minang. mak bapak dia pon setuju." ternganga  aku mendengarnya.

"kau tak pernah dating atau message ke???

"sikit pon x. sebab aku tahu banyak batasannya sebelum kahwin. banyak perlu dijaga sebagai seorang lelaki yang betol2 suka kt dia aku kenalah beranikan untuk menyatakan hasrat aku. alhamdulillah setelah 2 tahun aku menanti , impian aku tercapai akhirnya.."
"aku suka dekat dia masa hari pertama dia masuk mendaftar. bukan pada paras rupa nya tetapi pada akhlak peribadinya. pada mulanya aku selalu memerhatikannya dari jauh sehinggalah aku mendengar ceramah dakwah di masjid.."



cikzahiyyah nak cincin mcm ni je


Kesimpulan yang cikzahiyyah dapat drpd cerita ni
  1. kalau kita inginkann sesuatu kita mesti usaha  untuk mendapatkannya secepat mungkin dan mengikut jalan yang betul.
  2. tak semua orang melihat kecantikan itu sebagai asas untuk dijadikan isteri sebaliknya akhlak kita.
  3. gunakan kemudahan yang diberikan ke arah jln yang betul  Cth: ade kereta jgn asyik usung pompuan y bukan mahram sebaliknya guna utk g meminang...hihihi
  4. kalau kita ingin memperoleh sesuatu yang terbaik kita sendiri mesti jadi yang terbaik
  5. kita manusia yang sering lalai dan perlukan kepada peringatan. Cth: sentiasa menghadiri majlis ilmu.
p/s: kan best klu cerita ni jadi pd cikzahiyyah sendiri...berangan..(dush2)


Tuesday, April 5, 2011

LAst m!nute WorK

السلام عليكم
Cikzahiyyah mlm ni kena buat tugasan yang seminggu dah diberi oleh pensyarah. Tugasan tersebut merupakan tugasan berkumpulan (mcm ayat refleksi esaimen). Dan yang paling bestnya tentang mlm ni ialah semua kumpulan dlm kelas cikzahiyyah baru nak buat tugasan ni. Hahahaha... tolong gelak sbg anugerah kepada ktorg. cikzahiyyah sekelas mmg sepakat dlm xtvt2 last minute macam ni. Pengakuan berani matikah ini??? Tak kisah la kan. 

kitorang sekelas


Walaupun mcm tu ktorg tetap merujuk kpd sumber2 yang sohih sbg rujukan. Kelas kitorang ni mmg santai abeh. Bab mintak extend tarikh hantar  esaimen pon cekap gak. Mgkin sebelum jumpa pensyarah, dorg ade hembus2 sikit kot. Opssss...lawak je. Jangan ambek serious ye saudara saudari sekalian. 

Agak2 korg la kan bagus x amalan kitorang ni??? Bg cikzahiyyah ialah klu kita mampu utk buat kerja tu dgn berkualiti x ade masalah la. Tp masalahnya klu kita buat kerja tu tp tak tahu ape isi sebenarnya ataupun kesahihan nya so useless je lah keje kita tu. Antara keburukan buat kerja last minute y dapat cikzahiyyah kongsikan 

Badan dan kepala otak penat
Kualiti kerja berkurang
Tak sempat nak cover semua chapter (kalau exam)
Buat kerja tergesa2.
Kalau tak tau buat tak sempat nak refer lecturer.
Tak boleh nak cek kerja tu.
Menyusahkan orang lain.
Kene beratur panjang (kalau kat kedai2)
memberi tekanan
kualiti kerja rendah
p/s: copy dr blog org




Kesimpulannya yang cikzahiyyah dapat simpulkan kt sini ialah klu kita mampu utk buat kerja last minute tanpa tekanan atau kesengsaraan ianya xde masalah. Dan ianya bergantung kepada kemampuan diri kita masing2.

~lebih baik awal satu jam daripada lewat satu minit~

Monday, April 4, 2011

ikHtilat?????

السلام عليكم
Apa tu ikhtilat???
hmmm...Mgkin ada yg tau dan ada jugak y x tau
Sebenarnya ikhtilat tu merupakan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang halal utk berkahwin
Kenapa tajuk ni dijadikan n3???

ok. meh cikzahiyyah story kt korg ye.

Alkisahnya petang td waktu tgh b'FB dgn seorg sahabat, cikzahiyyah telah diajak utk makan mengikuti usrah kubro ITC (intelligent teaching circle)

tajuk p'bncgn mlm ni ialah Aurat dan Ikhtilat Terpelihara atau Terpenjara
Bunyi mcm menarik...
Setelah diajak oleh sahabat y mesra dgn panggilan kak Aisyah itu, cikzahiyyah pon setuju untuk ikut serta.
Lantas selepas Maghrib cikzahiyyah n the gang pon pergi la ke bilik taranum (tempat perbncgn tersebut).

Actually, mereka y mengikuti usrah tu adalah mereka y menjadi ahli ITC tp cikzahiyyah join jugak sbb nak isi ilmu2 baru dlm jiwa ni.
Byk y kitorg bncgkan antaranya faktor, lagkah mengatasi, peranan guru dan sbgnya berkenaan dengan masalah ikhtilat.
gambar di bawah antara gmbr y cikzahiyyah sempat snap dlm mjlis tu

cikzahiyyah duduk d bhgn belakang sebab segan...hihi

salah seorg sahabat cikzahiyyah

cikzahiyyah n classmate

pengerusi majlis~classmate cikzahiyyah

sesi perbincangan dlm kumpulan

melontarkan hujah

p/s:cik zahiyyah dah ngantuk ni esok ada assembly plak
esok cikzahiyyah cter bnda lain plak ye :-)

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat