Thursday, May 26, 2011

Nak jadi ps!ko jap

Assalamualaikum




Dah lama x buat entri baru. Serius cakap cikzahiyyah rindu sgt dgn blog ni. dah bersawang agaknya kan? Alhamdulillah selepas 2 mggu berada dalam mood exam. Kelmarin batch cikzahiyyah dah abeh exam. So, skrg hanya doa dan tawakal je yang mampu ktorg buat. Tolong doakan kami ye. AMINN...



Entri kali ni cikzahiyyah nak jadi psiko sekejap. Actually mcm ni, cikzahiyyah ada satu sepit rambut. Dan yang paling best tentang sepit rambut ni ialah depit tu dah berkhidmat dengan cikzahiyyah dah hampir 3 tahun. Lama kan? Selalunya sepit rambut cikzahiyyah tak akan mampu untuk berkhidmat selama itu. Pasti "dia" akan cacat atau hilang. Tragis kan. tapi yang paling-paling best tentang sepit ni ialah "dia" ada nilai sentimental omputih cakap sentimental value . Ayah cikzahiyyah belikan sepit tu kt mak cikzahiyyah. Beli dekat pasar tani je..sweet + romantik x? Tapi cikzahiyyah pulak  kebas. Bertuah punya anak.


dah xboleh guna sbb besi spring dah patah


tempat kejadia yang patah itu....dahsyat kan..ish3


Tapi tu semua hanya tinggal. Besi sepit tu dah patah time cikzahiyyah cakap dgn mak kt fon. dah la time tu tgh studi. Terus hilang mood. Teruk betul la cikzahiyyah ni. Pastu cakap kat mak sepit tu dah patah. Mak cakap biasa la. Pastu cik zahiyyah cakap la besinya yang patah. Mak i gelak tau. Mungkin dia fikir anak dara dia ganas kan.




patah 1 tapi beli 2..warna sma..



Pastu decide nak pergi beli kt ALAMANDA Khamis (hari ni). Dan rancangan itu berjaya. Alhamdulillah. cikzahiyyah beli sepit yang sama warna dengan yang lama. Belagak kan? Beli kt ALAMANDA. Tapi cikzahiyyah dah selalu cari kt semua pasar malam yang cikzahiyyah pernah sampai. Tp xdak. Opss dah terkeluaq loghat cheq. 

barang baru yang turut tersesat


Habes psiko x entri cikzahiyyah kali ni. Kadang-kadang kita x sedar yang kita menyayangi sesuatu benda tu lebih daripada kita menyayangi ALLAH. Sedangkan kita harus meletakkan cinta yang teragung pada Yang Maha Esa. Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada kisah sepit rambut tu ialah semua makhluk diatas muka Bumi ini akan "dijemput" pergi bila telah sampai waktunya. Mungkin luarannya nampak sihat tapi kalau dah tertulis bahawa saat ini adalah saat kita untuk dijemput apa kuasa yang kita ada untuk menghalangnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.(pinjam quotation dr prof Izi).


p/s: Cinta Bunga akan Layu, Cinta Manusia akan Mati tp Cinta ALLAH kekal selama-lamanya

Tuesday, May 24, 2011

MaaFKanKu

Hadirnya dirimu didalam hidupku
Telah merubah segalanya

Dan telah aku lewati saat gelap hidupku
Namun aku masih tak menyakini
Diriku yang cuba menghapuskan
Mimpi-mimpi buruk yang lalu

Inginku berlari dan menggapai hasratku
Apakah kau kan berlalu pergi

Terkapai-kapai aku inginku membuktikan
Kejujuranku kepadamu
Dan kini kusedari diriku
Masih liar untuk dimiliki

Maafkanku
Kerna mengingkari janji
Yang terpatri dahulu padamu

Maafkanku
Atas kekurangan yang ada
Pada diriku ini



ini bukan hasil nukilan cikzahiyyah tetapi adalah lirik lagu yang dinyanyikan oleh 6ixth sense yang bertajuk MAAFKANKU.


p/s:layan lagu ni sambil studi kurikulum pendidikan islam...esok nak exam = (

Tuesday, May 17, 2011

selamat hari guru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم 

-
-
-
-
-


selamat hari guru pada semua guru-guru di malaysia. terutamanya guru-guru di SK Suka Menanti, SMK Tunku Abdul Malik, SMK Agama Kedah, pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, pensyarah-pensyarah di Institut Perguruan Islam. tak lupa juga buat guru-guru yang pernah mengajar cikzahiyyah di Taska Masjid Lutfi dan guru-guru di kelas memandu KAFA. Jasa kalianlah yang membuatkan cikzahiyyah berjaya sampai ke tahap ini.



kalau ada sambutan hari guru di sekolah mesti akan kedengaran bait-bait sajak yang berbunyi:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama

Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
(Usman Awang)



tanpa guru siapalah mereka...
jadi sapa lagi hebat? guru atau PM?..ngeh3





Sekiranya kita dapat hayati maksud sajak ini kita dapat merasakan betapa besarnya peranan guru dalam melahirkan insan pada agama, bangsa dan negara. Namun begitu, berapa ramai dalam kalangan kita yang telah menjawat jawatan besar pada hari ini ingat akan pengorbanan para guru yang telah mendidik kita. Berapa orang dalam kalangan kita yang sanggup turun ke sekolah untuk berbakti dari segi tenaga dan wang ringgit sebagai tanda terima kasih kepada tempat kita memperoleh ilmu. Dan yang paling sedih lagi, berapa orang dalam kalangan kita yang menitipkan doa pada gurunya setiap kali selepas solat. cikzahiyyah ingat lagi waktu sekolah dulu, cikgu tak pernah berkira masa untuk mendidik dan memberi ilmu walaupun pada waktu tersebut merupakan di luar waktu tugasnya. Mereka sanggup meninggalkan anak, isteri atau suami demi mendidik anak bangsa. Sungguh besar pengorbanan mereka Ya ALLAH. Tapi, berapa ramai antara kita yang berterima kasih pada guru semasa memperoleh kejayaan yang cemerlang. Bila di "interview" oleh wartawan, tiada pon ucapan terima kasih yang diucapkan kepada guru.

Berbalik kepada topik perbualan kita iaitu Hari Guru. Sejarah hari guru bertitik tolak daripada  peristiwa di mana pada tanggal 16 mei  tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju menerima cadangan-cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajaran.Dokumen itu yang juga dipanggil sebagai Laporan Razak telah menjadi dasar pelajaran bagi negara kita. Bersempena dengan peristiwa itulah setiapa tahun pada 16 Mei kita akan menyambut sambutan hari guru.

Apakah tujuan kita merayakan hari guru?

Enam objektif Hari Guru yang digariskan dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia:
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Sebagai seorang bakal guru, cikzahiyyah berharap sangat agar dapat mendidik generasi akan datang supaya menjadi insan yang seimbang dari segala aspek (baru sudah study Falsafah Pendidikan Kebangsaan). cikzahiyyah juga merasakan betapa besarnya peranan guru dalam mencapai hasrat tersebut. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dan dilalui. Tanpa kesabaran dan kekuatan yang kental, mustahil untuk para guru mendidik anak bangsa kita pada hari ini.


p/s:guru merupakan kerjaya yang disebut di dalam Al-Quran(orang berilmu). Agama lain meletakkan taraf yang tinggi kepada profesion perguruan. Dan 
saya bangga menjadi guru!

Saturday, May 14, 2011

indahnya bila disayangi

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

Curi masa nak buat entri baru. Semalam nak buat entri baru tapi sistem blogger ada problem ape ntah. Dan sekarang cikzahiyyah nak bekongsi sesuatu dengan korang semua. Cikzahiyyah sebenarnya baru je masuk bilik cikzahiyyah yang je bru siap wiring. Dah dekat 3 bulan kot cikzahiyyah menumpang di bilik kawan. Dan kesempatan ini cikzahiyyah nak ucap jutaan terima kasih buat Liyana Mokhtar dan Huwaina Yusof kerana sudi menumpangkan cikzahiyyah selama ini. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian.

Sekarang ni cikzahiyyah tinggal sorang kt bilik. Rumate cikzahiyyah x sempat nak masuk lagi sbb dia busy. Aku merajuk seminit dgn ko wahai rumateku.  Jadinya dah 3 malam cikzahiyyah tidur sorang kt bilik. Bila ada org ty:

 "x takut ke?" 
cikzahiyyah ckp je"tawakal je"
sambil dalam hati cakap ALLAH kan ade


Alhamdulillah xde pape gangguan setakat ni. Sebenarnya cikzahiyyah sekarang dilanda penyakit homesick, rindu, dan sebagainya. Dah lama x balik rumah. Jadinya rasa macam syahdu ja bila duduk sorg2 kt bilik. Hanya telefon yang menjadi medium untuk melepaskan rindu pada orang kt rumah. 

Semalam call mak. Ty pasal tok(nenek). Pastu mak pon cakap tok ada call cikzahiyyah. Tp x dpt. Memang la tak dapat sbb kak dah tukaq nombor fon la tok. Sori tok hari tu lupa nak save no kak dlm fon tok. Kak tau tok rindu kt kak kan. Kak pon rindu kt tok. Cuti ni kak blik kg ek. Hari tu dah suruh tok save sendiri no cikzahiyyah. Tp dia ckp dia x pandai. EXCUSE ME!!! Yang tu dia mmg xpandai ok...Tp tok cikzahiyyah bleh drive kot!!!..tok korang pandai drive ke...opsss takbur plak...Sori  ye korang. I really didn't mean it. :-(

Itu antara individu yang sayang kt cikzahiyyah. Tok, insyaallah nnt kak tepon tok. Seterusnya, cikzahiyyah  nak cakap kawan-kawan plak yang syg kt cikzahiyyah. Nak dijadikan cerita, last week cikzahiyyah nak ambek exam TITAS. Tp cikzahiyyah ke"blur"an nak study subjek tu. cikzahiyyah mmg lemah sikit bab2 sejarah ni. Pastu cikzahiyyah call kwn baik cikzahiyyah nak suruh dia bg motivasi skit. Alhamdulillah lepas ckp ngan dia cikzahiyyah rasa tenang dan bleh study. Teima kasih wahai sahabatku. Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat yang boleh membawaku ke jalanMU dan sentiasa mengigatkanku kepadaMU.

Klu nak di reflect balik. Sebenarnya Tuhan tu Maha Hebat. Di saat kita merasakan diri kita dilanda kesusahan Allah akan menghantar perantara untuk memujuk hati kita. Subhanallah. Dalam cikzahiyyah rasa rindu yang mendalam t'hadap orang lain. Rupanya orang lain pon rindukan cikzahiyyah. Ahaks. Di saat kita dilanda problema ada orang yang mampu mengurangkan beban yang kita hadapi. Indahnya hidup bla kita disayangi oleh orang lain. pesanan cikzahiyyah pada korang yang single mingle dan ingin disayangi oleh mereka yang belum halal bagimu. Lupakan je lah dulu yek. Kerana ada ramai lagi yang boleh menyayangimu. Dan perasaan itu dapat mengalirkan pahala yang bermanfaat kepada kalian. Maha Suci Allah. 

Wallahualam


p/s: cintailah sahabatmu semata-mata kerana Allah. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu dan bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Tuesday, May 10, 2011

Jawi dijulang Al-Quran dijunjung

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah hampir seminggu cikzahiyyah tak berceloteh dalam blog. Hujung minggu yang lepas cikzahiyyah telah berkesempatan untuk melawat ke Kelantan. Apa yang cikzahiyyah nak cerita kali ini bukan tentang keistimewaan tempat yang dilawati. Korang mesti ingat cikzahiyyah nak citer pasal Pasar Siti Khadijah ke Wakaf Che Yeh ke kan??

Semua tu bukanlah topik yang cikzahiyyah ingin tulis pada kali ini. Sepanjang perjalanan cikzahiyyah di Kelantan ada sesuatu yang sangat menarik perhatian cikzahiyyah. Sesuatu itu ialah papan tanda kedai, jalan dan sbgnya. 

Mesti ada suara sumbang yang nak cakap 

"poyonya pompuan ni. Papan tanda pon nak jadi isu ke?"

"tolong la tak de ke isu yang lebih membangun ke. Papan tanda pun mau jadi topik ke"


Dah agak dah. Korang mesti pikir mcm tu kan. Sekarang ni korang diam dan terus baca apa yang cikzahiyyah tulis. Apa yang uniknya tentang papan tanda di Kelantan ialah ianya turut di tulis di dalam tulisan jawi. Cuba korang fikir ape fungsi tulisan jawi dengan kita dan berapa ramai masyarakat kita yang tidak boleh membaca jawi. 

Nampak mcm remeh kan isu ni. tapi inilah yang terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. cuba korang fikir sejenak (sambil pejam mata). Kalau orang tu tak pandai baca jawi, agak-agak dia boleh baca Al-Quran tak?

Huruf-huruf jawi ni sebenarnya merupakan pinjaman daripada huruf-huruf Arab. Namun, ada beberapa huruf jawi yang tidak terdapat dalam huruf arab. Tulisan jawi juga merupakan identiti masyarakat melayu kita yang beragama Islam. 

Sebagai generasi muda kita seharusnya memartabatkan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan pada kita semua. selain daripada papan tanda, mungkin kita boleh menggunakan tulisan dalam penerbitan akhbar. Sekiranya ingin dikira berapa banyak media cetak yang menggunakan tulisan jawi sebagai perantara untuk menyampaikan ilmu dan maklumat.

Sebelum cikzahiyyah nak menutup tisu isu kita pada hari ini, cikzahiyyah ingin bertanya kepada para sahabat cikzahiyyah sekalian kenapa harus malu untuk memartabatkan tulisan jawi sedangkan tanah yang kita pijak ini ialah tanah air kita sendiri???. kita sudah 53 tahun merdeka. dan seharusnya kita berbangga dengan apa yang kita miliki.

p/s: semangat berkobar-kobar untuk memperjuangkan khazanah jawi..ahaks :-)

Monday, May 2, 2011

mencari kepingan kertas di PWTC

ASSALAMUALAIKUM




Seperti yang diketahui umum sepanjang mggu ini telah berlangsungnya pesta buku antarabangsa di PWTC. Oleh kerana kelas cikzahiyyah tidak terpilih untuk mengikuti rombongan ke pesta buku tersebut jadi cikzahiyyah dan rakan-rakan telah merancang untuk pergi ke pameran tersebut pada hujung minggu.

Jadi kelmarin kitorang telah berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Kami keluar dari maktab pukul 8.45 pagi dengan teksi ke UKM. Dari UKM kami menaiki KTM terus ke Stesen Putra. 

sempat je snap dalam koc 
~3 gadis solehah~

lelaki tabligh (rasanya)  ni relax je masuk koc wanita

Kami sampai di stesen putra sekitar jam 11.00 pagi rasanya. Oleh kerana belum makan lagi cikzahiyyah dan rakan-rakan terus masuk ke The Mall untuk melapik perut yang kosong sebelum mengadakan "explorace" di dalam pesta buku tersebut.

teruja nampak Amer Ruffedge dan Zaf VE
yang telah berubah menjadi agen dakwah Islamiah
~Alhamdulillah~
mereka ini sedang beratur untuk mendapatkan tandatangan drpd
Ramlee Awang Mursyid tapi x dpt pon. kuang3

Tidak cikzahiyyah menyangka begitu ramai umat manusia yang berkunjung pada hari itu. tapi logik la sebabnya hujung minggu kot. Buat-buat hairan konon. Buku pertama yang cikzahiyyah beli ialah buku untuk adik bongsu cikzahiyyah. dia nak buku cerita hewan katanya (haiwan). Jadi cikzahiyyah pon beli la buku cerita kanak-kanak di bahagian Karangkraf. Dapat diskaun 20%. Pastu cikzahiyyah bersesak menuju ke booth Jemari Seni (JS), my favourite novel publisher. Dengan confident dan penuh teruja cikzahiyyah tanya dengan kakitangan JS novel yang cikzahiyyah cari. Alhamdulillah ada. Cikzahiyyah beli 2 buah novel. Pastu terus cari buku untuk adik pompuan cikzahiyyah. Beliau suruh cikzahiyyah beli buku English Writing for PMR. Elda Afiqah memandangkan hari ni birthday kamu i belanja buku sebagai hadiah la yek. 

Contengan Jalanan written by my favourite novelis-Hlovate

buku untuk adikku sayang Harith Mukhlis
Jalan-jalan lagi ternampak buku tentang perjalan hidup seseorang iaitu BOB LOKMAN. Menarik!!! Beliau menceritakan bagaimana liku-liku hidupnya dahulu dan kini berubah kepada seseorang yang lebih mencintai akhirat. Subhanallah. Buku tersebut bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali. Saya beli satu!

buku-buku yang cikzahiyyah beli di INTERNATIONAL BOOK FAIR


berhenti penat sambil menyusun buku-buku yang telah dibeli
(dari kanan: nur fadiah dan ainul hafizah)




saya peminat novel-novel keluaran JS
Tak sangka pulak ramai manusia time nak beratur beli tiket KTM. Adoi~ nasib baik classmate cikzahiyyah iaitu Nur Fadiah pandai mencari lubang untuk beli tiket. pukul  6.45 ptg kami pon bergerak balik. Sekitar pukul 8.00 mlm sampailah cikzahiyyah di asrama. Lenguh kaki cikzahiyyah yang comel ni tapi  puas.


bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan 
(Al-'ALAQ:1)
~membaca itu jambatan ilmu~


p/s: ramai juga masyarakat malaysia yang suka membaca cuma tidak membudayakannya di tempat awam.
     buku titas pon  tak baca lg. UAK just around the corner
~

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat