Thursday, June 30, 2011

bertudunglah wahai puteriku!

بسم الله الرحمن الرحيم

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).


Malam ni cikzahiyyah nak cakap berkaitan wanita dan tudung. cikzahiyyah sebenarnya rasa tersentap(bukan prof  sentap hati mak nak). cikzahiyyah tengok ramai perempuan kt luar sana yang ada basic agama tapi tak kisah pon untuk free hair. cikzahiyyah memang x faham kenapa diorang sanggup buat macam tu. Ini merupakan jawapan yang diberikan kalau ditanya kenapa tak pakai tudung 

"banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok. Jadi buat ape nak pakai tudung"

"Saya bukannya warak sangat. kalau saya pakai tudung saya rasa macam hipokrit la"

"panas la. rimas tau tak"

"saya belum dapat hidayah daripada ALLAH, nanti dah sampai masanya saya pakai la"

"kalau saya pakai tudung ada ke lelaki yang nak dengan saya?"


Ini antara 1001 alasan yang diberikan oleh wanita yang tidak bertudung. Hallo! kalau nak tunggu masan ko akan pakai tudung memang akan sampai hokay. Time tu adalah time ko nak dikafankan. dah konfem2 la ko akan dibungkus dengan kain kafan tu. Tu pon orang lain yang buatkan. 


Sape cakap pakai tudung tak cantik. Cantik kot. Dengan pilihan tudung yang cantik dan mudah nak dipakai pada masa kini memang xde alasan la bagi kaum perempuan ni nak bertudung. Ada hikmah kenapa allah syariatkan kaum wanita bertudung.


Pertama
Orang yang pakai tudung tu memang orang dah tau sah2 dia Islam. Jadi senanglah orang tau ko tu Islam ke tidak. Ini tidak ghuper dah la nak sama mcm perempuan dari Danok nanti diorng ingat siam plak padahal ko tu Islam.

Kedua

Dengan bertudung boleh mengelakkan cahaya matahari daripada merosakkan rambut kita dan juga kulit kepala. So, xde la susah nak pakai cap or something ats kepala time panas terik.

Ketiga

Cuba korang tengok perempuan yang pakai tudung dengan yang tak pakai tudung. Yang bertudung nampak lg manis dan sopan. 

farah deeba..
suka dia yang sangat murah dengan senyuman

catriona 
oprah pon cantik klu b'tudung
Keempat
Time ada kenduri kawen atau orang mati xyah la susah nak cari tudung sebab ko memang dah bertudung. Kan senang untuk disesuaikan dalam apa-apa majlis. Setuju tak korang semua??? Ini tidak pakai tudung macam pakai payung time hujan. Bila ada hujan baru cari payung.

Kelima
Orang yang pakai tudung ni orang respect lebih tau tak. Contohnya, kawan cikzahiyyah yang bertudung masuk dalam koc KTM yang bercampur lelaki-lelaki nakal. Namun bila dia tengok kawan cikzahiyyah terus salah seorang lelaki nakal ni (dia nak usik) marah kawan dia yang lain dan suruh kawan dia bangun dan bagi kawan cikzahiyyah duduk. sweet kan??

pokok pangkalnya wanita itu haruslah bertanggungjawab ke atas apa yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Allah dah suruhkan. Pada yang pakai tudung dengan  jambul kt depan  macam sarang  tebuan tu cuba pakai baju x payah pakai kain. Buruk ke tidak? Jadi lu pikirlah sendiri.

p/s: ada duit nanti cikzahiyyah nak beli shawl bidadari yang bunganya berkuntum-kuntum
        itu. cantik sangat!!

Wednesday, June 29, 2011

naikkan semangat murabbi dalam diri

السلام عليكم

 بسم الله الرحمن الرحيم


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Untuk entri kali ni cikzahiyyah nak kongsikan ilmu yang cikzahiyyah dapat daripada ceramah motivasi tadi. Ilmu ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama korang semua khususnya yang bakal bergelar seorang guru. Insyaallah.

ceramah tersebut bertajuk  "Sang Murrabi: Mencari semangat Yang Hilang". ceramah tersebut disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhamad Syaari b. Abd Rahman. beliau sangat terkenal dengan ceramahnya berkaitan Sultan Muhammad Al-Fatih seorang sultan yang sangat hebat.


~ustaz Syaari~


nak beli buku ni klik sini
Murabbi kalau diikutkan merupakan tugas yang lebih hebat daripada seorang guru yang meyampaikan ilmu. Murabbi merupakan guru yang bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan bahkan membentuk peribadi, sahsiah dan sikap(maksud yang sama gak) yang terpuji dalalam diri pelajar. tugas tersebut bukan mudah kerana kita dihujani dengan pelbagai masalah sosial remaja yang sangat memalukan. Dalam ceramah tersebut, ustaz menekankan bahawa untuk menjadi seorang guru yang bergelar murabbi kita seharusnya mengamalkan 3 P. 

P 1: Paradigma
Paradigma bermaksud cara kita melihat sesuatu perkara. Sebagai guru kita jangan melihat kejayaan akademik sebagai kejayaan yang hakiki tetapi kejayaan sahsiah dan sikap pelajar adalah yang paling penting. melalui sikap kita yang baik akan menonjolkan potensi yang tersembunyi. Kesan daripadanya akan melahirkan generasi yang berjaya. berdasarkan kajian kemahiran dan ilmu menyumbangkan sebanyak 10%-20% peluang untuk berjaya dan selebihnya ialah sikap. Kesimpulannya, kunci kejayaan seseorang itu adalah sikap yang ada pada dirinya. Oleh itu untuk menjadi seorang murabbi itu kita perlu mengubah sikap para pelajar kita dahulu. (sebelum itu ubah sikap guru tu sama ye)


salah satu masalah yang membimbangkan negara 

sedih tengok bayi yang comel lagi tidak berdosa terima padah akibat  "cinta suci"  manusia
P 2: Pengisian
Pengisian yang dimaksudkan ialah ilmu yang ada pada diri guru tersebut. Sekiranya guru itu berpegang kepada landasan yang sebenar  maka guru tersebut mudah untuk membentuk para pelajarnya.  Sebagai seorang guru kita perlu sentiasa memenuhkan ilmu di dada  supaya tidak menjadi jumud walaupun tugas kita ialah mendidik. Harus diingat setiap apa yang kita samapaikan kepada para pelajar haruslah dikaitkan dengan Islam. Setiap apa yang berlaku di atas muka pasti ada penjelasannya di dalam Islam. cikzahiyyah tertarik dengan kata-kata yang terdapat dalam ceramah tadi iaitu "hati yang mati itu tidak akan dapat menghidupkan hati-hati yang mati".

P 3: Pendekatan
Sebagai bakal guru yang lahir dalam era globalisasi kita seharusnya bijak dan kreatif untuk membentuk hati dan sikap para pelajar. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan. namun, sebagai seorang yang menjunjung sunnah Rasulullah kita seharusnya mengamalkan oleh baginda dalam mendidik. 

Sekian sahaja entri cikzahiyyah lewat malam ini. Diharapkan perkongsian ini dapat menimbulkan semangat yang berkobar-kobar dalam membentuk generasi yang rabbani. (mood:semangat nih!!)

p/s: guru yang hebat itu bukan kejayaan yang diraih tetapi hasil yang telah dikeluarkan.

Sunday, June 26, 2011

tips buat yang sederhana

السلام عليكم


Korang dah baca tajuk entri kat atas kan. Sederhana yang cikzahiyyah maksudkan bukanlah ketinggian individu tersebut. Tetapi sederhana yang cikzahiyyah maksudkan ialah sederhana dalam pelajaran. Klu korang yang baca entri ni jenis orang yang bijak pandai mungkin entri ni tak sesuai untuk korang. cikzahiyyah tulis entri ni sebab nak kongsi pengalaman cikzahiyyah sebagai student yang sederhana dalam pelajaran sejak di sekolah lagi.(rasa rendah diri yang sememangnya rendah) 

stress bila time exam
Pernah tak korang jadi macam ni time nak exam? Mungkin pernah kan. cikzahiyyah pon pernah gak. Jadi kat sini cikzahiyyah nak kongsi tips agar kita tak berterusan jadi macam ni bila time exam.

tips 1: ikhlaskan niat
Macam juga klu nak perform solat. First kita mesti betulkan niat. Niat yang utama sekali ialah kerana Allah. Then barulah kita belajar dapat pahala. Menuntut ilmu tu kan ibadat. Bila kita niatkan belajar kerana Allah maka mudahlah bagi kita untuk mendapat apa yang diajar oleh guru. Mudahkan? lepas kita letak Allah atas ranking yang pertama barulah diikuti dengan yang lain. Niat kerana girlfriend/boyfriend? Yang tu mungkin tak dapat pahala sebaliknya bala. Ok sekarang korang ikhlaskan niat.

tips 2: jaga hubungan
Hubungan yang cikzahiyyah maksudkan bukanlah hubungan perkahwinan. ngeh3. Hubungan yang cikzahiyyah maksudkan ialah hubungan antara Allah dan manusia. Cara kita nak jaga hubungan dengan Allah ialah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Contohnya solat lima waktu yang terjaga, berdoa dan sebagainya. Hubungan dengan manusia pula ialah hubungan dengan orang di sekeliling kita seperti ibu bapa, guru-guru,  rakan-rakan dan masyarakat. Kita sebagai manusia yang berakal seharusnya mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain tak kira tua atau muda.

tips 3: jaga disiplin
Kenapa pentingnya jaga disiplin. Rasionalnya ialah rekod kita akan bersih. Masalah disiplin mcm dtg lewat tu biasa la kan. Sape kt sini yang tak pernah datang lewat ke kelas memang cikzahiyyah tabik la. cikzahiyyah duduk hostel pon selalu dtg lewat g kelas. Selain dtg lewat ke kelas ada lg la kesalahan disiplin yang pernah buat. Tapi tak pernah ada rekod polis la.huahua. Namun bila fikir balik cikzahiyyah tak pernah menyesal pon. alamak lari topik. Sori2. Kesimpulannya kita perlu jaga disiplin untuk mengelakkan kita mendapat imej yang buruk oleh para guru dan masyarakat. Kemudian jadi buah mulut org yang suka menyumpah-nyumpah.

lompat pagar adalah sukan yang selalu diamalkan di sekolah berasrama


tips 4: cara study
Cara study adalah benda yang paling utama. kalau cikzahiyyah, cikzahiyyah tak suka paksa diri. Kalau dah memang tak boleh nak masuk kita jangan paksa. Namun kita buat apa yang kita rasa suka dan mampu. cikzahiyyah rasa kalau duduk hostel lagi senang untuk belajar. Kawan ramai untuk tolong kita (kalau yang jenis x kedekut ilmu la). Tapi kalau dah masuk time exam dan time tu jugak nak study sampai 3 ke 4 pagi x payah la kot. Buat penat diri je. Tapi kalau bagi student IPT situasi tu normal. Buat apa kita nak paksa diri kalau time sebelum exam kita asyik nak main je kan. So, kalau nak exam kita perlu prepare awal-awal. Jgn time exam baru nak paksa diri lebih baik tidur then g kelas dgn muka yang bajet dah habes cover semua chapter. Padahal dlm hati  cuak+ nebes gler(ni adalah kesah cikzahiyyah time sekolah dlu). Cara nak study juga berbeza bagi setiap individu. Ada yang suka baca nota ringkas, ada yang suka buat latihan untuk kukuhkan kefahaman dan ada yang x buat apa-apa. Orang yang x buat apa-apa tu adalah orang yang mungkin xnak berjaya atau mungkin dia adalah dari ketegori genius yang cepat tangkap apa yang diajar.


tips 5: suasana belajar
Wujudkan suasana yang selesa. Sebagai contoh kalau kita jenis yang suka study dalam keadaan sunyi kita boleh study di library. Mungkin ada yang suka buat study group. Itu semua terpulang kepada kemampuan minda individu. Apa yang penting ialah kita selesa.


tips 6: keyakinan diri
Yang paling penting untuk setiap  apa yang kita lakukan ialah yakin. Kalau kita tak yakin dengan apa yang kita lakukan kita akan mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam diri. Tapi jangan samapai over confident. 

tips 7: doa dan tawakal
Doa kat sini juga turut merangkumi sokongan daripada orang yang rapat dengan kita. Bukan sokong macam dalam stadium bola tu ye.hehehe. Sokongan daripada orang lain akan mewujudkan rasa tanggungjawab untuk kita agar berjaya dalam setiap apa yang kita lakukan. Setelah habis kita berusaha kita hendaklah bertawakal dan sentiasa berdoa pada Allah.
contoh sokongan melalui media cetak

Demikian sudah tips yang cikzahiyyah boleh kongsikan. Kalau korang rasa tips ni sesuai dengan korang amalkanlah. Kalau  kurang sesuai takkan cikzahiyyah nak paksa pulak kan. Apa yang palingpenting untuk mencapai apa yang kita inginkan ialah usaha, doa, dan tawakal. seperti kata ulama "doa tanpa usaha itu bohong, usaha tanpa itu bohong"


kita sendiri yang akan melakarkan kejayaan kita 
p/s: cikzahiyyah tujukan tips ni untuk pelajar sekolah. =)


Saturday, June 25, 2011

semester break

بسم الله الرحمن الرحيم


Rasanya sebulan cikzahiyyah tak update blog t'chenta ni. Bukannya sengaja buat entri baru tapi cikzahiyyah terputus hubungan dengan rangkaian internet. hahaha. korang jangan tanya macam boleh jadi macam tu ye. Buat malu cikzahiyyah je. So, sekarang dah ada duit lebih (lebih la sangat) boleh guna internet lagi.


3 minggu cuti ada la jugak aktiviti yang cikzahiyyah buat. Rasanya banyak perkara yang cikzahiyyah dah buat. Oleh sebab itu korang tengok je la gambar yang ada sambil tu cikzahiyyah story kat korang. jom layaannn..

 cute choc muffins...my 1st trial
ini bukan putrajaya ye kawan-kawan..ni pusat pentadbiran baru di Alor setar
motif gambar ni ialah nak bgtaw korang cikzahiyyah g JPN buat I/C baru



cikzahiyyah buat coklat...thnx pada orang yang ajar cikzahiyyah.
Itu antara aktiviti yang cikzahiyyah buat masa kt rumah time 2 minggu pertama. Nak cari kerja sapa yang nak bagi kalau 3 weeks ja nak keja. ada orang offer keja tapi lewat sangat pulak. Keje kat kedai makan dari pukul 4 petang sampai 3 pagi. tak sanggup haku!!(very fussy and demanding)


Hari khamis time school holiday dah nak abes kitorang balik kampung. Buat kenduri sepupu. balik kampung dengan harapan semua bapak  dan mak sedara balik sebab dah lama x jumpa diorang.


sebelum bertolak...sempat lg adik- adik cikzahiyyah snap gambo dalam but kereta
Time kenduri ni tak semua yang balik. Ada yang balik sekejap je. Jadinya x ramai tenaga kerja. Oleh sebab cikzahiyyah dilahirkan dengan sifat yang semulajadi rajin, jadi cikzahiyyah dan adik pompuan yang sorang tu volunteer diri untuk basuh pinggan.  Macam nak putus pinggang kitorang sebab basuh pinggan sambil bertinggung. Untuk si comel nabila nanti kakak kawen nabila tolong basuh pinggan untuk kenduri kakak pulak tau.( mcm x ikhlas je buat keje..hihi)

ni la pengantin untuk kenduri tu..



kenduri budak kecik tu menumbangkan seekor kambing...
p/s:akikah untuk perempuan seekor je


kambing yang selamat di gulaikan dengan batang pisang...glurp..sedapnya

bapak si nabila..merangkap bapak sedara cikzahiyyah

nabila dalam pose lain..
jarak dekat- fatin nabilah


buah rambutan tak masak lagi. balik raya ni mesti dah masak kan.
 siap la   ko rambuatan. nanti aku bawak plastik besar


 p/s:banyak lagi gambar yang nak di upload. tapi ada problem ape ntah. mungkin xde rezeki korang. 

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat