Thursday, July 28, 2011

hakikat hidup

assalamualaikum

Malam ni cikzahiyyah sekadar ingin berkongsi dengan korang semua satu idioms bahasa Inggeris yang boleh dikaitkan dengan realiti hidup kita.

"You never miss the water till the well runs dry"

Memang lumrah manusia itu apabila dia hilang sesuatu yang dimilikinya pasti perasaan ingin menghargai apa yang dimilkinya itu wujud. Ada sape-sape yang nak argue statement cikzahiyyah? 

p/s: amanah tugas semakin bertambah tapi teruskan tersenyum =)


Tuesday, July 26, 2011

malam hari di shah alam



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dapat agak tak ape yang cikzahiyyah nak ceritakan untuk entri kali ni. Dah nampak sah-sah ada lampu banyak-banyak mestilah nak cerita pasal I-CITY shah alam kan. Malas la nak cerita panjang tentang i-city ni sebab korang lebih tahu daripada cikzahiyyah. Sebenarnya cikzahiyyah tak rancang pon nak pergi. Kebetulan  nak pergi rumah pakcik cikzahiyyah je. Ondaway nak balik beliau pergi ke shah alam untuk makan-makan. Dah alang-alang lalu depan I-City ajak je la masuk. hihi.. So, korang tengok je la gambar kt bawah ni.

sudut pandang dari atas


ni isterinya pakcik cikzahiyyah..ibu si nabila

tolong la afiq...cuba la buat gaya yang lebih macho

asyik merungut dengan ibunya "nak pergi sane bu"

terima kasih p.jang bawak ktorg jalan-jalan di malam hari

happy family at home

alolo...muncungnya mulut

yang kt belakang tu dikira sebagai snowman tak?


adegan membeli cekak berlampu

adoi afiq..buat malu kaum kerabat kita je

ribbon lg besau dari kepala

xnak pakai cekak nak beli lastik lampu pulak. sabar je la dgn kau afiq

cekak tu kakak pakai lagi cntik..muahaha

agak-agak berapa bil elektrik I-city ni untuk sebulan ye
Tercapai jugak hasrat minggu ni nak keluar dari pagar maktab danndapat makan durian lagi. Hujung minggu ni ura-ura nak mandi manda dekat waterfall plak. Apa-apa pun kita nikmati minggu kuliah yang kian padat dengan kelas ganti dan perjumpaan. Namun tak lupa juga dengan pertandingan petanque antara ahli kelas. 
Sudah pastinya badan ini akan letih Oleh itu, nak kongsi dengan korang pesanan cikgu add math. Nak mintak Allah bagi kita kekuatan baca 33x tasbih&tahmid&takbir sebelum tidur. Amalan yang diperturunkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Fatimah apabila beliau meminta ayahandanya menyediakan seorang orang gaji bagi meringankan beban beliau. Namun baginda memberikannya amalan ini.

p/s: dah lama tak pakai kasut wedges yang ada atas rak

Friday, July 22, 2011

terima kasih

بسم الله الرحمن الرحيم


Dua tiga hari lepas asyik merungut nak makan pulut dengan durian je kat budak-budak kelas. Petang tadi ada orang belanja makan durian. Rasa terharu sangat. Terima kasih korang. Sayang jugak korang kt aku kan. Aku pon sayang kt korang wahai fadiah, bazzliena dan qilah. Malam pulak ada orang ajak makan kt luar. Ada orang tu siap belanja kitorang makan sate lagi. Terima kasih uwais, zul dan pijan sebab bawak kitorang ni keluar. minggu depan kita pergi membakor kt tepi pantai plak dengan budak kelas.


Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi  yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah.   

Sahabat yg baik adalah orang yg bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata2.

Cakap sahabat yg jujur adalah lebih besar harganya daripada harta benda yg  diwarisi daripada nenek moyang.

minggu ni rancang nak berjalan keluar dari maktab tapi tak jumpa haluan lagi. so malam ni kena decide diam-diam.

p/s: ada orang ajak cikzahiyyah pergi kursus kahwin~xnak pergi lagi sebab xde pasangan 

Tuesday, July 19, 2011

si kaki comel

بسم الله الرحمن الرحيم


letih malam ni. dah berapa kali keluar masuk toilet. rasa macam nak  pengsan dah. rasanya makan daging kurma tadi kot. jangan dilayankan sangat rasa sakit tu. kalau nak dilayan rasa sakit tu pakai tak update la blog ni. petang tadi lepas kelas terus keluar sebab nak cari kasut kuliah. yang lama dah uzur lagi teruk. setiap kali nak beli kasut kuliah mesti ada mimpi ngeri. sebab saiz kaki cikzahiyyah tak normal. hahaha. saiz 3 atau 4 untuk kasut bertutup. susah sangat nak cari. kadang-kadang stress gak dengan kekurangan diri. 

tapi bila reflek balik teringat pada orang-orang yang tak ada kaki. mesti diorang kepingin sangat nak pakai kasut. jadi kita yang cukup sifat ni buat apa nak merungut dan mengeluh. manusia memang tak pernah bersyukur. dalam surah Ar-Rahman berulang-ulang Allah berfirman "maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan". dan bila di renungkan balik walaupun kasut susah nak cari tapi kaki cikzahiyyah comel. hahaha...buat korang yang ada masalah yang sama macam cikzahiyyah boleh cari  VERN'S. inshaallah saiz untuk kaki  yang macam saiz kanak-kanak boleh didapati di kedai tu. 

satu lagi kalau kasut tu longgar sikit-sikit beli je la pelapik kasut yang ada juala kat GUARDIAN  atau WATSON. so korang tak payah la nak sumbat tisu bagai.lagi pun kalau letak benda alah tu rasa selesa sikit bila berjalan. itu sahaja tips berguna untuk malam ini dan selamat beramal.


benda alah ni letak dibahagian belakang kasut
yang ni pulak kat tapak dibahagian depan.
p/s: ada rasa macam nak demam bila beli kasut kuliah yang baru ni. 

Sunday, July 17, 2011

terperangkap

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum 

Hari ni hari ahad semalam hari sabtu. Malam semalam nisfu syaaban. Ini semua contoh-contoh ayat mudah yang boleh dibina dengan menggunakan perkataan semalam. Tolong gelak untuk lawak yang tak berapa lawak ni. cikzahiyyah cuma nak share kisah hujung minggu cikzahiyyah. Minggu ni sangat sunyi. (sedang menyapu air mata) Rumate cikzahiyyah balik rumah sebab abang dia nak bertunang. Selamat bertunang abang Furqan! 

Yang lagi cikzahiyyah nak nangis lagi, classmates cikzahiyyah  semua pergi Johor. Sekali lagi nak bagitau SEMUA. Tinggal haku je yang terkulat-kulat dalam maktab. (lap air mata lagi). Bukan diorang sengaja tinggalkan cikzahiyyah tapi cikzahiyyah tak dapat pelepasan dari bonda tersayang. 3 kali mak cikzahiyyah call tak bagi pergi. So, sebagai anak sulung dan dan kakak kepada adik-adik yang sedang membesar kita mesti menjadi contoh yang baik ye kawan-kawan. Cukup solehah tak cikzahiyyah? kui3. Lagipun kalau jkut diorang tapi hati tak tenteram nak buat apa kan. Wahai classmates penolong ketua kuliah nak mintak maaf sesangat ye. 

rombongan meminang puteri gunung ledang
semua orang sedih cikzahiyyah tak ikut kecuali yang senyum tu..kui3
Pastu mesej la bapak sedara cikzahiyyah. Niat dihati nak ke rumah dia atau ke mana sahaja dia bawak. Tapi dia tak reply pon mesej haku. (lap lagi air mata). Maksudnya minggu ni memang xde rezeki nak keluar dari pagar maktab. Tapi tuhan bagi rezki yang lain. Dua hari berturut-turut dapat makan free. Bersyukurlah. tTak dapat makan kenduri kat johor pon tak terasa terkilan. haha tadi cikzahiyyah makan sup gearbox. Tolong telan air liur ek.
Ok dah la kot entri sedih kali ni. Kesimpulannya nak bgtau hujung minggu  cikzahiyyah kali ni sunyi. (tangisan bertambah kuat) ='(

p/s:orang yang g johor beli apa kt aku hah?

Friday, July 15, 2011

Merapu Sambil Berkarya

السلام عليكم

Manusia hanya menilai perasaan seseorang hanya dari raut wajah. Sebahgiannya hanya sudi berkongsi cerita namun malas berkongsi rasa. Apa yang cikzahiyyah merepek ni hah? Entah la. Butir-butir kata ni je yang terjana diminda. Hayati la kata-kata yang cikzahiyyah nukilkan ni ye.

apabila aku tersenyum mereka katakan aku gembira,

apabila aku ketawa mereka katakan aku suka,

apabila aku marah mereka katakan aku benci,

apabila aku menangis mereka katakan aku sedih,

apabila aku berdiam mereka katakan setuju,

apabila aku tegas mereka katakan berjenaka.

Inilah yang spontan terkeluar dari minda cikzahiyyah. sekadar renungan untuk kita lebih memahami situasi sekeliling. tah ape-ape je la entri malam ni.

p/s: cuba bercakap dengan sahabat dari hati ke hati bukan mulut ke mulut~

Wednesday, July 6, 2011

contengan jalanan

assalamualaikum

Mungkin orang lain dah bagi komen tentang novel tulisan HLOVATE iaitu Contengan Jalanan. Sekarang ni memang cikzahiyyah baca buku cepat mcm kura-kura sebab tu bagi komen pon lambat. Hehehe. Novel  kali ni memang superb la wahai sang penulis. Banyak added value yang boleh kita ambik daripada jalan cerita novel ni. Kepada yang lelaki ini bukan novel cintan cintun jiwang karat. Novel ni menceritakan tentang dua orang sahabat yang lalai dengan dunia mereka dan tersedar tentang hakikat tersebut. Kedua-dua mereka mencari jalan yang tersendiri dalam mencari erti hidup. Apa yang best tentang novel ni ialah korang akan bukak Al-Quran atau tafsir Al-Quran bila baca novel ni. Memang superb kan? 


ini rupa novelnya...2 kisah dalam 1 novel
Part yang paling best dalam novel ni ialah HLOVATE bawak kita makan angin ke Australia dan juga Indonesia. Korang beli bayar RM24 dan korang boleh makan angin ke dua buah benua. Untung kan? Banyak juga kata-kata yang menarik dalam novel ni yang boleh memberikan  motivasi pada kita sebagai manusia dan juga Muslim khususnya. Selain itu juga, korang jugak akan dapat belajar serba sedikit tentang perkataan dan perkara baru. Contohnya selo. Bila cikzahiyyah jumpa perkataan itu, terus cikzahiyyah cr kt Google. Barulah tau selo tu apa. Kalau nak tau cari sendiri ok. Muahaha. Nak diringkaskan cerita korang mesti baca novel ni kerana ianya sangat berbaloi dan ada estetika value. 


the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th

"don't judge a travel plan from its dossier. to know be there"

"art is not meant to be understood, it is meant to be appreciated"

"there in no right or wrong in art"

p/s:karya HLOVATE banyak bawak pembaca makan angin kt oversea. 

Tuesday, July 5, 2011

...HISAB DIRI...

بسم الله الرحمن الرحيم

“Tanyakanlah (wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar.” (Al-Mukminuun: 84-89)

dengan mengingati-NYA hati menjadi tenang
Sunyi, sepi dan sedih. Itu antara perasaan yang cikzahiyyah rasa. Rasa sunyi yang amat sangat. Rasa sunyi bukan secara fizikalnya tetapi spiritual. Rasa kosong. Semalam borak dengan kawan. Dia tanya macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat. Kalau ikut ilmu yang dimiliki tak mungkinlah dia tak tahu cara nak dapatkan khusyuk dalam solat. Apa yang penting ialah penghayatan dalam solat. Sebagai contoh kalau tengok rancangan Mentor atau realiti TV yang lain mesti si pengajar tu mesti akan suruh feel lagu tu sebelum nak menyanyi. itu lagu, kalau nak solat berganda-gandalah feelnya. Secara jujurnya cikzahiyyah teringin nak rasa sangat kenikmatan dalam solat. Macam mana nak dapat khusyuk kalau dalam sembahyang asyik ingat perkara-perkara lain. Time tu lah fikir macam-macam. Mungkin asasnya kita kena check wudhuk kita dulu kot. Kalau wudhuk kita tak sah macam mana kita nak dapat khusyuk kan. 

Satu perkara yang cikzahiyyah terkilan  dengan diri sendiri ialah ketidakistiqamahan(jangan cari perkataan ni dalam kamus dewan edisi ke-4) diri. Kadang-kadang tu bila baca Al-mathurat pagi, petang dah tak baca. Kalau tanya sebab mestilah banyak alasan yang boleh dikelentong. Tapi itu bukan jadi masalah kalau kita betul-betul nak. Padahal bukannya tak ikhlas nak baca. YA ALLAH...='(

bacalah Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang

Dari segi pengisian rohani rasanya dah kurang. Hidup dekat IPT semua benda kena cari sendiri. Kalau nak mesti usaha. Dan Inshaallah cikzahiyyah berjanji untuk berusaha mencari pengisian rohani dengan mengikuti majlis ilmu yang dianjurkan. 

cikzahiyyah jugak ada impian yang macam agak poyos kalau nak bagi tau. Tapi entri yang akan datang je la cikzahiyyah bagi tahu korang ye. Sekarang cikzahiyyah nak siap-siapkan baju untuk kuliah esok.

duhai mata janganlah kau menangis kerana perkara yang sia-sia
p/s: suara yang bermunajat di malam hari sambil merintih itu didengari oleh-NYA. Berapa orang diantara kita yang merintih pada-NYA ketika itu.

Saturday, July 2, 2011

episod yang lalai

بسم الله الرحمن الرحيم

Yang lalai itu cikzahiyyah bukan episod. Entri kali ni nak cerita tentang kejadian sekitar 2 hari lepas. Macam kronologi kes la pulak. Hari rabu lepas cikzahiyyah mntak tolong classmate cikzahiyyah tolong keluarkan duit coz duit dlm purse dah takdo! Esoknya si classmate i pon bagi la kad atm, duit n resit pengeluaran. 

Esoknya, semua warga IPG digemparkan dengan alien elaun yang sudah masuk ke dalam akaun masing-masing. Jadinya cikzahiyyah berhajat nak membayar duit yang telah dipinjamkan oleh mak dan ayah cikzahiyyah. Unfortunately, (ckp omputih la plak) kad atm cikzahiyyah tak ade la! rilex dan cool. cikzahiyyah cuba mencari lagi di dalam purse yang sarat dengan kepingan-kepingan wang  resit. Sah memang tak ade. Pastu bebudak classmate sruh check kt bilik. Tak ade jugak. hurm...malam tu rumate cikzahiyyah sruh bce doa untuk kembalikan barang yang hilang. cikzahiyyah baca berulang-ulang kali. Pastu demi keselamatan duit di dalam bank cikzahiyyah kol abag BSN untuk sekat service kad tersebut. 

doa kembalikan yang hilang

Esoknya Jumaat pergi kelas terus check lagi atas meja bahagian celah-celah kertas. Dan kad itu pon terjatuh. Aku dah agak dah! cikzahiyyah, u are careless person in the world!!(monolog dalaman).  Walau macam mana sekalipon mesti pergi bank jugak sebab nak activekan balik kad atm cikzahiyyah. Dan rancangan pun mula diatur

Petangnya pergilah cikzahiyyah bersama dua orang kawan. Thnx nani coz sudi hantar kitorang!! Selesai jugak kes kad atm alang-alang dah keluar tu ada je la tempat nak dituju. Berbelah bahagi antara Warta dan PKNS. Oklah kita pergi Alamanda je lah. Almaklumlah duit elaun baru masuk maka panjanglah sikit kaki nak melangkah. 

Actually saja nak jalan-jalan je. Pastu beli la sikit 2 -3 barang je. Makan-makan dekat JM BARIANI House. Nasik kt situ sangatlah sedap hokay! 

Dah banyak kot taip ni. Rasa nak tercabut jari sebab join larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Korang layan je la gambar kt bawah ni.

teh o ais limau cikzahiyyah punya~

 tak sempat nak ambik pic sebelum sebab lapar tahap giga

aiskrim tapai ni je yang sempat snap dlm keadaan asal

control ayu setelah makan sepinggan nasik

^_^'

kt depan JM Bariani House wif my rumate

my sport shoes sama dgn rumate

pagi tadi time larian 1 murid 1 sukan
p/s: tak ade orang pakai baju kuning pagi tadi.

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat