Wednesday, November 30, 2011

permata insan (part 1)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Alhamdulillah hari ni merupakan hari keempat cikzahiyyah jadi fasilitator untuk program Permata Insan. seronok tapi letih. tapi ok la. comel sgt tgk budak-budak kecik umur 9 dan 8 tahun ni. budak-budak.


Permata insan ni mostly jenis yang becok. korg cakap 1 perkataan diorang akan pintas korang cakap sampai 3-4 perkataan. even cikzahiyyah yang suka bercakap pon letih nak layan diorang. tapi cikzahiyyah puji la budak-budak ni sangat berani bila kat depan public cikzahiyyah yang dah besar panjang ni pon takut kalau ckp depan khalayak sampai menggigil kepala lutut tapi budak-budak ni relaks jer.


public speaking




tengah baca isi pembentangan masing-masing






slot "young scientist"






~lung's model~
 p/s: kenapa blog cikzahiyyah xleh bukak guna google chrome ni.

Monday, November 21, 2011

10 perkara yang saya suka

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم





setiap orang akan berusaha untuk melakukan memperoleh/melakukan sesuatu yang diminatinya. kali ni cikzahiyyah nak senarai perkara-perkara yang cikzahiyyah suka dan suka.



1. makan- yes saya memang suka makan!!!

2.bercakap- saya suka bercakap kalau saya tak bercakap saya akan mengantuk dan itu merupakan fakta yang penting tentang saya = (

3. masak- suka tengok rancangan memasak ataupun YOUTUBE ataupun buku resepi then try masak sendiri  dan kadang-kadang jadi (kadang-kadang tak)

4. shawl / tudung- suka window shopping tudung atau kt intenet klu ada yang berkenan cari kat pasar malam. ~bertudung itu cantik~

5. membaca- suka sangat baca buku sebelum tidur. buku yang digemari, buku motivasi dan novel. ~amalan membaca al-quran sebelum tidur akan menguatkan daya ingatan~

6.ros merah- paling suka bunga ros merah sampai taktau nak gambar betapa saya menyukainya. kalau tengok dekat kedai bunga mesti rasa (rasa je) macam nak beli sekuntum. (takde niat nak suruh awak hadiahkan saya bunga ros merah)


mereka sangat cantik




7.klasik- sangat sukakan sesuatu yang tradisional mcm rumah kayu dan sesuatu karya seni yang mempunyai nilai estetika.




gabungan elemen tradisonal dan moden~cantik sangat
ihsan pakcik google






8.sayur- kalau dalam hidangan nasik tu xde sayur rasa macam hidangan tu x menyihatkan.???(#@*^%)

9. muzik- kalau dah suka dengan sesebuah lagu, akan ulang lagu tu sampai rumate boleh hafal lirik lagu tu.

10. tidur- tak suka sangat tapi suka la jugak.^_^"

p/s: kalau padi katakan tidak hamba tertampi-tampi, kalau sudi katakan sudi tidak hamba ternanti~mood
      boring petang isnin

Saturday, November 19, 2011

cuti dah bermula



Assalamuaikum readers, hari ni bermulalah cuti semester kedua untuk tahun 2011. sepatutnya cikzahiyyah dah ada kt rumah sekarang tapi memandangkan cikzahiyyah secara sukarela menawarkan diri untuk pergi ke program PERMATA INSAN dekat USIM makanya cuti semester cikzahiyyah akan dikorbankan lebih kurang 3 minggu untuk program tu. actually program tu start 23/112011, tapi disebabkan tak nak  berulang alik dari alor setar ke kajang cikzahiyyah pon duduk la kat hostel dengan kawan-kawan yang ada.

untuk cuti kali ni ada beberapa tarikh penting yang perlu diambil perhatian. 
23/11/2011-9/12/2011 = program PERMATA INSAN
10/12/2011                  = balik alor setar
18/12/2012                  = balik kampung

ni saja yang nak dinyatakan untuk entri kali ni.

p/s:kelaparan yang melampau apabila kafe tak buka dan stok makanan pon dah habis~(*_*)

Thursday, November 10, 2011

lOvE !S C!ntA

        
بسم الله الرحمن الرحيم


     


bercinta, bermadu kasih, ber"couple" atau apa2 sahaja la istilah yang melibatkan dua hati antara laki dan perempuan itulah  entri yang cikzahiyyah nak kongsikan. secara jujurnya cikzahiyyah tak berapa yakin nak tulis pasal ni. salah satu ialah takut pandai ja dok komen orang last sekali aku pulak yang buat perangai tu. bak kata omputih "reflect". tapi kalau cikzahiyyah tak tulis kau nak tulis ke? (semoga aku terlindung daripada perkara yang kau murkai ya Rabbi). terima kasih buat dua orang sahabat yang bagi idea untuk buat entri ni.=)


sejak akhir-akhir ni ramai rasanya pasangan yang masih muda mendirikan masjid. Alhamdulillah semoga perkahwinan tersebut diberkati dan berkekalan sehingga akhir hayat. 

tapi cikzahiyyah tengok ada sesetengah pasangan yang kemaruk bercinta dan kahwin atas dasar nafsu semata-mata. yang paling sedih lagi ekonomi sendiri pon x stabil ada hati nak kahwin. dan yang paling sedih (berapa kali sedih daa) ilmu agama pon tak ada. ada kes mandi wajib pon tak tahu. Astaghfirullahala'zim.


bahagia ke bercinta ni? ada kawan yang kononnya bercinta dapat restu keluarga. bercinta tak ingat dunia. 3 ke 4 tahun bercinta akhirnya putus. mana restu yang kau dapat tu? kau dah pegang sana sini pastu berpisah macam tu ja. nak cakap bodoh, belajar sama ja macam aku. kalau nak cakap pasal background family dia, memang sah la cikzahiyyah lagi kerdil. tapi di mana silapnya? silapnya ALLAH tu tak restu hubungan tu. hubungan kau tu halal ke? hubungan macam mana yang dikatakan halal ialah hubungan selepas lafaz akad nikah. lepas tu kau nak dating sampai pagi ke, nak berpimpin tangan sampai taknak lepas pon orang tak cakap apa.







sebenarnya apa kesan hubungan yang tak halal sebelum nikah? kesan dia adalah pada anak-anak yang bakal dilahirkan. ibu bapa merupakan perantara yang akan membawa anak itu ke dunia. kalau jalan yang bayi tu lalui pon penuh berkudis macam mana agaknya apabila dia dah besar nanti. Oleh itu, para ibu bapa jangan terkejut kalau anak kita berperangai tak senonoh. cuba muhasabah balik diri kita. kita dulu sebelum kahwin macam mana. 

"Ketika ditanya kepada ayah imam abu hanifah bagaimana beliau mendidik imam abu hanifah sehingga menjadi begitu tinggi darjatnya di sisi Allah (orang yang berilmu tinggi darjat di sisi Allah), maka beliau menjawab : Aku mendidiknya 40 tahun sebelum kelahirannya." 
Ini bermakna ayah imam abu hanifah telah menjaga dan mendidik dirinya sendiri supaya anak yang bakal lahir kelak iaitu imam abu hanifah adalah anak yang soleh dan melaksanakan amanah sebagai khalifatullah di dunia ini.-sumber-

kalau kita tengok muda mudi kita sekarang ni tak kahwin lagi dah pandai bersayang -abang, baby-honey, kalau yang konon nak islamik sikit umi-abi. buwekkk.. nak muntah aku.:-p




orang yang ada ilmu agama dan tahu hukum-hakam ni tak payah la nak buat perangai budak-budak sekolah kot. nampak sangat akal kita lagi rendah daripada cimpanzi~

kesimpulannya yang lelaki kalau dah berkenan sangat dengan yang perempuan pergilah meminang.kalau takdak duit buat lah part-time job atau kerja-kerja yang bagi korang income.




kalau yang tengah single mingle dan rasa susah hati takde orang nak  jadi isteri atau suami kamu just stay dan tingkatkan amalan kamu di dunia ni. inshaallah Allah akan sediakan seseorang untuk kamu di syurga kelak...


~bercinta sampai syurga~




p/s:mak dan ayah x bercinta pon tapi alhamdulillah kekal ja=)

Saturday, November 5, 2011

hari ini dan semalam


السلام عليكم
سلام عيد الاضحى
Maksudnya Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


salam aidiladha buat semua umat islam. alhamdulillah para jemaah haji telah menjalani ibadah wuquf mereka di Arafah. tahun ni cikzahiyyah tak dapat menyambut aidiladha dengan keluarga sebab kekangan masa nak studi. haha..bajetnya aku. kalau tahun lepas sampai rumah pagi raya tahun ni xbalik terus. sambut ja dengan kawan-kawan kt hostel. 

setakat sekarang ni takde pon nak feeling2 air mata ke apa sebab baru ja balik rumah. 

bagi memeriahkan lagi sambutan raya ni, dah plan ngan kawan-kawan nak masak-masak. alhamdulillah tadi dah masak spageti dan dah makan pon. bagi yang nak makan spageti sangat tu. puas makan tadi???
sampai kembung perut la makan bukak puasa tadi.haha

bila cakap pasal hari raya korban teringat memori raya tahun lepas. adik cikzahiyyah jadi pengembala lembu. lembu tu pon. toat ja ikut arahan si cilik tu. hahaha lawak. tak percaya??? tgk gambar kt bawah ni.



kalau kau..berani ke buat mcm ni?.skali dia sondol perut ko mau terburai isi perut

lembu ni kamceng ngan adik cikzahiyyah..3 hari kot adik cikzahiyyah jaga dia sebelum kena korban

...inilah wajah pengembala lembu itu..


gambar kami adik-beradik sebelum majlis korban diadakan



ni spageti yang kitorang masak tadi untuk berbuka


antara bahan yang diperlukan

potong dadu

cendawan


potong nipis-nipis

sedang dimasak
cantik dan meriah

p/s:esok nak masak lagi..tggu entri lain pulak ye..
makan daging cicah air asam jangan lupa orang kt sini~

Tuesday, November 1, 2011

cita-cita

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


sebelum korg nak mencapai ke peringkat umur sekarang dah berapa banyak cita-cita yang korang dah ada? mesti banyak kan? dan ada jugak yang tak relevan langsung. betoi kan? hahaha..takyah nak kelentong la kan. cikzahiyyah pon ada banyak cita-cita sebelum mencecah ke umur 20 sekarang ni. cita-cita cikzahiyyah tu ada yang masih valid dan ada yang dah expired. cikzahiyyah cuba senaraikan cita-cita yang pernah  tersenarai dalam list cita-cita cikzahiyyah.

1) doktor pakar jantung
ni cita-cita cikzahiyyah sejak dari sekolah rendah. kenapa pakar jantung??? sebab jantung ialah pembunuh no.1 pada waktu tu. bila dapat result PMR rasa syok sangat sebab boleh ambik aliran sains. pastu bila keluaq result SPM rasa mcm mendung ja langit ni sebab result subjek BIO mcm tak pernah belajar. namun langit cerah kembali bila cikzahiyyah dapat sambung belajar kat matrikulasi. tapi langit mendung lagi bila tengok terms yang tak pernah dengar oleh telinga ni. pastu barulah sedar yang cikzahiyyah ni tak ade tokoh nak jadi doktor langsung sebab malas. betul la cakap ayah yang cikzahiyyah sesuai jadi doktor jantung pisang ja.='(

2) jururawat
kalau cikzahiyyah tak jadi doktor mungkin cikzahiyyah dah jadi doktor kot sebab cikzahiyyah memang dapat tawaran untuk kolej jururawat KPJ dekat Nilai. sebab takut tak dapat sambung study kat pusat pengajian cikzahiyyah pergi interframe interview untuk apply masuk belajar kat KPJ. tapi secara jujurnya cikzahiyyah takut nak cucuk orang dan takut jugak untuk tengok saat jarum nak melepasi kulit.NGERI!!!! sbb tu bila kena cucuk cikzahiyyah tak tengok nurse cucuk cikzahiyyah. tapi cikzahiyya tak pulak takut pada darah.

3) pembaca berita
yang ni memang rasa macam tak relevan. cikzahiyyah rasa cikzahiyyah memang tak sesuai jadi pembaca berita sebab cikzahiyyah ni ada penyakit gagapisme. bila cakap banyak ataupun cakap secara cepat penyakit tu datang la.hahaha. ~cita-cita ni expired~

4) pereka fesyen
rasa tak nak pilih karier ni sebab bila pikir-pikir balik nanti kalau kita design baju yang mendedahkan aurat mesti kita tanggung saham pemakai tu sama. untuk pengetahuan korang memang cikzahiyyah boleh design baju pon. tapi baju pompuan je la. kesimpulannya cita-cita ni boleh digugurkan~

sekadar gambar hiasan
5) penterjemah bahasa
cita-cita ni rasanya masih valid kalau cikzahiyyah struggle nak belajar bahasa arab. (bahasa arab kau~) tapi kalau cikzahiyyah malas, kirim salam je la.

6) pakar bahasa
cikzahiyyah dulu memang suka subjek bahasa melayu. sebab tu ingat nak jadi cikgu bahasa melayu. tapi rezeki dapat jadi cikgu pendidikan Islam. tapi masih boleh menerapkan bahasa melayu yang betul dalam pengajaran nanti.

7) ahli perniagaan
cikzahiyyah rasa cita-cita ni pon masih valid sebab cikzahiyyah memang sedang menjalankan perniagaan.kih3 tapi ingat bila dah keja nanti nak bukak bisnes katering ataupun bakeri yang akan dikelolakan oleh ahli keluarga. pastu kalau boleh nak kembang-kembangkan lagi perniagaan. best tuuuu..

8) petani berjaya
macam poyo tak? secara seriusnya memang cikzahiyyah memang suka pon dengan tumbuh-tumbuhan. dulu ada niat nak further study kt UPM. tapi UPM tak sudi nak buat macam mana. tapi takpa cikzahiyyah boleh berkebun belakang umah.=)

9) penulis novel
memandangkan cikzahiyyah ni suka berangan jadi memang niat nak tulis novel tu ada. tapi tak tau cara yang tulis. jadi rasanya baik cikzahiyyah berangan sorang-sorang sambil tulis blog dah la kot.


 "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.


walauapapun cita-cita yang berjaya mencuri hati dan perasaan cikzahiyyah ialah guru. karier guru memelukan kita untuk merawat rohani murid kita. murid dan ibu bapa sebagai pelanggan kita. guru yang bakal menterjemahkan kepada murid segala yang mereka perlu fahami. guru juga  petani yang perlu menyemai benih-benih kejayaan kepada murid. guru sebenarnya satu kerjaya yang membolehkan seorang itu menjadi semua karier seperti jurutera, arkitek, doktor dah sebagainya. maka berbanggalah menjadi seorang guru. dan cikzahiyyah kerana bakal menjadi seorang guru!!!!

p/s: raya haji kali ni disambut bersama sahabat-sahabat di asrama...


BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat