Sunday, January 15, 2012

yangku harapkan dalam perhubungan ini

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)


selamat berhujung minngu semua, minggu ni cikzahiyyah berkurung dalam bilik saja memandangkan minggu depan nak dah nak balik rumah. (apa kena mengena nak balik kampung dengan berkurung dalam bilik?) ok berbalik kepada tajuk entri. ini bukanlah entri jiwa-jiwa ataupun duka lara. ini adalah entri harapan(eeceh). perhubungan yang dimaksudkan dalam entri ni ialah hubungan kekeluargaan, persahabatan, dan masyarakat.
 
kekeluargaan

dalam institusi ini kita mengharapkan hubungan yang bahagia. kita saling memerlukan antara satu sama lain. jika adik susah kakak dan abang bantu dan begitu juga sebaliknya. ibu bapa pula perlu  memberi perhatian kepada anak-anak  dan sentiasa meluangkan masa untuk mendengar masalah dan berkongsi cerita. dengan cara itu hubungan kekeluargaan akan lebih erat. solat secara berjemaah adalah satu cara yang diajar oleh nabi muhammad untuk membentuk keluarga yang sakinah. inshaallah. 

selain itu hubungan kekeluargaan juga perlu dipupuk dan dipelihara. waktu bila kita nak lihat hubungan kekeluargaan itu berkesan ialah waktu kita susah dan juga kita sakit. walaupun sekadar bertanya khabar ataupun sokongan moral itu sudah cukup untuk kita merasakan bahawa diri kita itu dihargai. jangan meletakkan kasta dalam hubungan kekeluargaan. sebagai contoh saudara yang susah dipinggirkan dengan alasan mereka ini menyusahkan. sementara itu saudara yang berada dijulang-julang dengan niat dapat menumpang kesenangan mereka. 

hubungan antara suami isteri pula perlulah harmoni agar keluarga yang bahagia dapat dibentuk. hormat -menghormati dan tolak ansur adalah resepi yang perlu diamalkan dalam kehidupan berumah tangga.

harapan cikzahiyyah untuk hubungan kekeluargaan ialah jangan ada perasaan hasad dengki dan pentingkan diri sendiri kerana tak ada untungnya kita bersikap sedemikian dan hanya akan merugikan kita pada masa hadapan kelak.



sakinah, mawaddah wa rahmah


persahabatan

sahabat. siapa yang tak ada sahabat dalam hidupnya maka dia boleh diketegorikan sebagai seorang yang miskin. hubungan persahabatan tidak sama seperti percintaan kerana kita boleh bersahabat dengan ramai  orang. sahabat juga adalah cerminan diri kita. sekiranya kita melihat sahabat kita itu sebagai seorang yang tidak baik. maka kita pon sama sahaja sepertinya. oleh itu Allah telah berfirman di dalam surah Al-Asr supaya kita saling mengingati.

nostalgia...jangan cari cikzahiyyah sebab cikzahiyyah x wujud pon dalam gambar ni =(


harapan cikzahiyyah ialah sahabat cikzahiyyah dapat menegur dan menasihati cikzahiyyah sekiranya ada yang tidak baik cikzahiyyah lakukan. sesungguhnya kadangkala kita alpa dalam menjalani keasyikan dunia ini. selain itu cikzahiyyah juga berharap sahabat cikzahiyyah sudi mendengar masalah kerana dengan cara itu dapat membuatkan kita rasa dihargai dan yang paling penting kejujuran dan kepercayaan itu yang paling penting dalam persahabatan.





semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat



masyarakat

masyarakat boleh didefinisi orang yang berada disekeliling kita. hubungan  antara masyarakat perlu diibaratkan seperti aur dengan tebing. dengan cara itu kita dapat membangunkan sebuah masyarakat dan tamadun yang disegani. perkara ini tidak mustahil sekiranya semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan masalah yang berlaku seperti masalah sosial dalam kalangan remaja dan juga jenayah yang kian berleluasa.

harapan cikzahiyyah terhadap masyarakat sekeliling ialah tidak perlu menuding jari kepada orang lain sebalikanya kita eratkan pegangan tangan dan usahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. perang mulut hanya akan membuat rahang mulutmu menjadi lenguh. =)

bersatu kita teguh bercerai kita roboh
p/s:girls day out (bowling)~puteri ex-smkakians jom!!

Tuesday, January 10, 2012

2012

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

hari ni dah 10 hari kita berada di tahun 2012. dan sudah 16 safar 1433 hijrah. pelik betul manusia apabila tahun baru nak gembira secara melebih-lebih padahal kita ni dah selangkah menuju kepada pengakhiran.atau cikzahiyyah yang tak normal? padahal waktu 1 muharam berapa ramai yang bca doa akhir dan awal tahun untuk menyambut tahun baru hijrah?  terpulanglah apa pon pandangan korang. 


cikzahiyyah cuma nak ucapkan selamat tahun baru agar tahun ni menjadi lembaran yang baru kepada kita dan kita menjadi lebih produktif daripada tahun  yang sebelumnya. aminn. untuk tahun ni cikzahiyyah cuma berazam nak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. bunyi macam simple tapi susah sebenarnya. 


walaupun baru sepuluh hari berada di tahun 2012, banyak perkara yang sedih dan gembira yang dah berlaku. itu semua lumrah kehidupan manusia dia atas muka bumi. tahun baru juga membawa maksud cikzahiyyah dah menginjak ke usia 21 tahun, dah berada di sem3. =)




~kt bendang@ sawah dengan adik sebelum angkat pancing~

abaikan model ni~
belakang budak ni adalah petak sawah yang menghasilkan rezeki untuk menyekolahkan kitorang adik-beradik


kuala perlis~jalan-jalan dengan family



sekian sahaja entri pendek+malas.  ada seorang sahabat suruh cikzahiyyah update blog ni cikzahiyyah kuatkan semngat untuk mengupdate.thnx sahabat, sentiasalah memberi teguran membina dan juga meberi semangat kepada cikzahiyyah menulis tau! =P

p/s: drama vanilla coklat best~

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat