Sunday, February 12, 2012

sumpah ikrar

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



tadi time tengok wall facebook ternampak satu video yang di post oleh kawan cikzahiyyah yang belajar dekat timur tengah. cikzahiyyah pon buka lah. bila tengok tu seakan-akan ada rasa yang sukar nak digambarkan. ianya seakan perasaan semangat, kasihan atau kagum.entahlah. sebelum tu elok kiranya korang tengok dulu video ni

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad





cikzahiyyah cuma nak komen tentang keadaan negara islam kita pada hari ini. kita ada negara islam yang lain. kita juga ada umat islam yang ramai atas muka bumi ini. tapi berapa kerat yang ada rasa dan perasaan untuk membantu saudara-saudara di negara-negara yang sedang bergolak. ikut rasa hati cikzahiyyah mahu saja hantar anak-anak muda kita yang suka merempit tu pergi berjihad di sana. at least kalau mati tu tak adalah mereka ni mati katak kan. tapi kita yang tidak kuasa ini hanya mampu berdoa dan dan merintih tentang keadaan saudara kita. 

cikzahiyyah memuji mereka yang berada didalam video ni. walaupu keadaann mereka disana bergolak mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain. mereka yakin bahawa yang memberi pertolongan itu sebenarnya adalah Allah. Allahu Akbar. mungkin keadaan di dunia sekarang ni tidak meyakinkan mereka untuk meminta pertolongan daripada orang lain. sesungguhnya pertolongan yang hakiki datangnya daripada Allah.

sekiranya kita berada di tempat mereka mampukah kita sekuat mereka. mahukah kita menggadaikan nyawa kita demi islam? nak mendirikan solat pun dah macam sudi tak sudi saja. semoga Allah menguatkan hati-hati mereka untuk menentang musuh Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyun-duyun,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat." Quran[110.1 - 3]

Saturday, February 11, 2012

ber"tutti buah-buahan"


السلام عليكم

Disebabkan dah janji untuk mendokumentasikan sesi outing bulan lepas jadi terpaksa untuk menunaikannya. Butir-butir outing adalah seperti di bawah:

masa: 2.45 PM
tarikh:7 JANUARI 2012
tempat: TUTTI FRUITY WANGSA WALK
peserta : SITI AMINAH BT AB HALIM & ZAHIYYATUN MOHAMAD ZUKI



beliau belanja



baju mesti sedondon dengan tutti fruity punya theme





nyum3

habis sudah

p/s: terima kasih daun keladi , ada masa belanja lagi  ye rumate~

8 tahun




Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog. Memandangkan hari ni  rasa macam  semangat sikit so kita jangan lengahkan. Hari ni bersamaan 10 februari 2012. Hulubalang cikzahiyyah yang paling kecik dah 8 tahun. Happy birthday muhammad harith mukhlis! You never know how much i love u =’(
-

-


-


-

-

(tengah lap air mata sebab rindu)

ketika masih comel =P





kecomelan semakin berkurang

Terasa masa terlalu cepat berlalu. Kehadiran MHM sangat dinantikan oleh kami seisi keluarga pada ketika itu. Almaklumlah adik yang paling bongsu pada waktu tu dah 8 tahun iaitu cik Elda Afiqah. Kami semua sangat teruja untuk dapat adik. Cikzahiyyah memang harap nak dapat adik lelaki. Sebab apa adik lelaki? Sebab dulu cikzahiyyah tak kamceng langsung dengan adik pompuan yang sorang tu. Tapi sekarang kami dah macam kawan. =P



Masa MHM lahir cikzahiyyah tak tahu langsung ok. Sebab cikzahiyyah dok hostel jadinya kalau nak tahu berita apa mesti call rumah la. Dan cikzahiyyah punya habit ialah call mak setiap hari khamis. Alkisahnya pada petang khamis cikzahiyyah kol la mak sebab nak suruh datang ambik time outing. Almaklumlah rumah sekangkang kucing ja dengan rumah. Tapi ayah yang angkat fon tu. Ayah cikzahiyyah cakap balik je la sebab ada orang nak jumpa. Cikzahiyyah tanya siapa yang nak jumpa. Ayah cakap balik la dulu. Then dapat tangkap yang mak dah bersalin hari selasa yang lepas. Kesiankan pada cikzahiyyah. Dalam dunia yang serba canggih ni cikzahiyyah boleh ketinggalan informasi.

rambut ala-ala tentera korea selatan

Nama MHM ni adalah gabungan nama pilihan ayah cikzahiyyah dan cikzahiyyah sendiri. Harith tu nama pilihan cikzahiyyah. Rasa bangga kot mak pilih nama tu. Huhu. Rasa seronok sangat dapat adik kecik. Dia adalah permata hati kami sekeluarga atau kata orang aloq staq apple of my eyes

MHM ni sejak kecik ni memang fanatik dengan bola. kalau dia ada nampak bola kat kedai tu mesti dia akan melalak suruh beli. Kalau dia nak main bola pula dia tak akan pegang dengan tangan dan dia akan main dengan kaki. Mungkin sebab masa mengandungkan dia mak selalu teman ayah tengok bola kot. Dan untuk pengetahuan anda dia peminat setia Manchester United. Masa dia kat PASTI dia jadi kapten bola sepak wakil bagi PASTI yang dia belajar. Tapi tak menang pon. ngeh3


~tak semestinya minat Man Utd kene pakai jersi kelab tu aje~
Budak ni sangat suka makan benda masam. Kalau korang bagi dia buah epal dengan belimbing buluh, then dia akan cakap epal yang manis itu adalah tidak sedap. Jeruk yang sebekas tu dia boleh habiskan dalam masa beberapa minit saja. can you imagine that???

gigi kapak adalah warisan turun temurun kami!!

Hebat betul MHM malam ni sebab kakak yang selalu manjakan dia telah buat entri khas ni. Adik, kak ada benda yang kak doakan untuk adik.


“ya Allah, kau sejahterakanlah hidup adikku ini. ya AllahKau kurniakanlah dia kejayaan didunia dan diakhirat . Kau jadikanlah dia insan yang mampu dibanggakan oleh ibubapanya, agama, bangsa dan negara. “

p/s: entri ini dipost selepas pukul 12 disebabkan oleh penangguhan kerja.

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat