Saturday, January 19, 2013

suka suki 2012



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dah setahun tak update blog ni. Over la kan sampai setahun. Sebenarnya banyak benda yang nak share dekat blog yang berhabuk ni tapi malas nak menulis dan mencari masa yang sesuai tak jumpa maka hari ni barulah memaksa diri untuk buat entri.
Azam cikzahiyyah pada 30 atau 31 Disember lalu nak review balik apa yang dah cikzahiyyah lalui sepanjang tahun 2012. Sebab  memang dah berazam jadi cikzahiyyah akan review jugak walaupun tahun 2012 dah meninggalkan kita.


Kita mulakan dengan awal tahun 2012. Time ni mak telah di”operate” disebabkan oleh kandungan yang ada tidak berkembang dan mengecut. Kalau tidak harith mukhlis dah jadi abang cik la kan. Tapi Allah dah tentukan segala-galanya.

Dalam tahun 2 degree ni jugak cikzahiyyah dan kawan-kawan ada unit beruniform. Oleh itu kami semua akan pakai uniform persatuan setiap hari rabu.

Bulan 3 pulak kami berjaya mengumpulkan 2 family untuk bercuti di langkawi. Percutian family ni jugak turut kami libatkan tok (mak kepada mommy cikzahiyyah). Alhamdulillah, semua orang memang enjoy habis. Especially ada orang yang hampir muntah hijau time naik cable car. Muahaha.

Bulan 4 adalah momen yang paling sedih dalam hidup kami sekeluarga. Tok nenek (moyang sebelah mak) pergi buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan kami semua dalam usia 100 lebih. Ingat lagi dulu setiap kali balik kampung kami akan menginap (ewah menginap kau) di rumah nek. Time tu susah lagi. Balik kampung naik bas ja. Kat rumah ada Honda civic  c70 ja. Sayang sangat dengan nek sebab dia yang besarkan mak since mak kecik sebab tok kahwin lain. Tapi rumah tok dengan nek sekampung ja. Rasanya dalam 2 minggu nek jatuh sakit before meninggal. Cikzahiyyah sempat berada bersama nek sebelum nyawanya diambil. Time tu cikzahiyyah baru selesai solat hajat mohon Allah mudahkan urusan beliau. Semoga Allah mudahkan urusan nek di “sana”.

Dalam tahun 2012 jugak anak saudara ayah yang sama umur dengan Elda meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Al-fatihah.


Banyak aktiviti outdoor yang cikzahiyyah ikuti pada tahun 2012. Especially perkhemahan. Seronok join camping sebab kita dapat kenal kawan baru yang selama ini hanya berbalas senyuman. Walau bagaimanapun berat masih jugak tak turun-turun (menaip dengan penuh kecewa).

tahun 2012 cikzahiyyah berpeluang  berpuasa dan bertarawikh di Kota Baharu. Walaupun idea ber”shopping” di KB pada waktu siang dengan kadar kepanasan yang melampau adalah sangat-sangat tidak relevan.

Hari raya tahun ni kami berjaya ambik gambar satu family. Alhamdulillah ada juga memori raya dalam sekeping gambar. Walaupun tema kelabu sangat hit pada hari raya tersebut. Sampai ayah komplen sebab ramai sangat orang pakai baju sama dengan dia. Haha. Sori ayah mana kak tau nak jadi macam tu. Tahun ni kita pelan kale lain pulak naaa.

Lupa nak cakap tahun 2012 cikzahiyyah berjaya jadi fasi di beberapa program and of course la kem permata insan jugak. Penglibatan dalam kem ni diharapkan dapat memberikan seribu satu pengajaran dan pengetahuan untuk menghadapi hari yang mendatang kelak.

Dan tahun 2012 telah membuatkan cikzahiyyah menumpahkan air mata sekali lagi kerana sikap takbur sombong bongkak manusia. Sori guys cikzahiyyah belum bersedia untuk bercerita pada korang. Doakan agar usaha cikzahiyyah dan keluarga untuk keluar dari kemelut ini berjaya. Aminn. Time tu mungkin cikzahiyyah dah bersedia untuk menceritakan semuanya. Semoga Allah lembutkan hati mereka itu agar berjalan di muka bumi ini dengan penuh rasa taqwa inshaallah.














Rasanya inilah entri yang paling panjang dalam sejarah. Haha. Doakan agar cikzahiyyah lebih rajin untuk post entri baru di masa akan datang. Selamat tinggal 2012. Assalamualaikum 2013!

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat