Sunday, November 3, 2013

tinggal kenangan

بسم الله الرخمن الرحيم

Assalamualaikum, cikzahiyyah bersiaran dalam musim exam sebenarnya. mungkin tak ada yang baca blog picicsan ni, tapi tak pa disebabkan minat untuk mengabadikan kenangan lalu dalam bentuk macam ni  walaupun malas maka selepas 8 bulan cikzahiyyah kembali. Cakap banyak pon tak guna rasanya. Cikzahiyyah nak kongsi dengan pembaca tentang teratak usang kami. ini adalah satu perkembangan daripada entri yang terdahulu. So let the pictures tell the story
-
-
-
-
-

teratak usang yang berusia hampir 50 tahun rasanya

ayah dan adik-adik membesar di rumah ni

rumah kami tak semewah orang lain 

oppss bendera tu,,,,walaupun xcantik tapi ada kebahagiaan dan kasih sayang

even garaj pon kami tak boleh nak bina dengan sempurna

see..malas nak baiki dan letak kepingan tingkap sebab kami dah tawar hati nak ouch up

di rumah ini aku mengenal erti hidup dan apa itu kemanusiaan
Rumah ni adalah rumah arwah peninggalan tokwan ayah. tapi disebabkan hal keduniaan rumah ni jatuh ke tangan orang lain. Alhamdulillah, berkat doa dan susah payah cikzahiyyah trun sampai ke KL sebab nak sain agreement rumah kami sekeluarga dah masuk ke rumah baru kami. Walaupun tak besar tapi dapat berlindung dari hujan panas dan ribut pon dah syukur. inshaallah nanti cikzhiyyah abadikan rumah baru kami di blog ni. Harapannya, bila dah bekerja dan ada banyak duit nak beli balik semua tanah di kawasan dan bina sebuah banglo untuk buktikan pada orang yang bermegah-megah dengan harta dunia bahawa orang dibawah tak semestinya sentiasa di bawah. Rindu pada teratak usang ni sampai dah berapa kali mimpi. tapi tak pa sabar ja ALLAH kan ada :)


Tuesday, February 5, 2013

my own experience


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم     

Minggu ni boleh senyum lebar-lebar sebab dah nak balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Tak sabar rasanya nak balik rumah untuk spent time dengan family sambil main masak-masak kat dapur. Walaupun elaun belum masuk lagi tapi Alhamdulillah rezeki tidak putus-putus. Orang yang menuntut ilmu ni Allah sentiasa murahkan rezekinya. Oleh itu rajin-rajinlah mencari ilmu =)

Ok nak kongsi sikit kat sini tentang pengalaman peribadi cikzahiyyah sepanjang 4 bulan lepas. Bulan 11 yang lepas family cikzahiyyah decide nak beli rumah sendiri. Memanglah rumah sekarang tu adalah rumah sendiri sebab memang datuk moyang cikzahiyyah punya rumah. Tapi masa berganti-ganti masa semuanya bertukar. Oleh sebab statusnya yang sangat rumit kami mesti cari rumah baru. Tapi memandangkan ayah masih belum pencen, nak tak nak memang kena stay kat alor setar dulu before balik kampung mak.

Ok back to the original story. Setelah membuat tinjauan dan survey ayah dan mak dah decide nak beli rumah dekat area kepala batas. (alor setar tau bukan penang). Disebabkan cikzahiyyah masih berada di maktab sebab time tu dalam mood exam so, cikzahiyyah pon usha la rumah yang dimaksudkan melalaui internet. Rasanya oklah kot dengan kemampuan kami serta ambik kira jarak dan kemudahan setempat. Kalau nak dibandingkan Pantai Johor dengan Kepala Batas memang PJ tetap dihati. Tempat jatuh lagikan dikenang ye dok?

So ayah pon apply la loan bagai. Nak dijadikan cerita urusan melalui Bank Simpanan Nasional tak memerlukan penjamin dan urusan pinjaman ni boleh melibatkan dua generasi. Maksudnya cikzahiyyah boleh join dengan ayah untuk apply loan tu. (Lagipun susah nak cari orang yang sanggup jadi penjamin sekarang). Student IPT bleh beli rumah dengan skim ni ye. Disebabkan umur ayah pon bukannya muda lagi (tapi ayah I muda tau :P) jadi cikzahiyyah memang willing dengan hati yang terbuka untuk pikul semua tu.

 Memandangkan tahun depan adalah final year sebagai student degree (tp nnt nak sambung master lagi kalau ada rezeki) jadi tempoh masa tu tak ada lah lama sangat ayah nak pikul beban hutang sensorang kan. Gaji ayah pon bukannya besar sangat. Nasib baiklah mak pandai menjahit so boleh la cover mana yang boleh.(oh aku dah melancong ke lain pulak)

Setelah hampir dua bulan menunggu, urusan loan dan insurans pon lulus. Alhamdulillah. Jadi go to the next step iaitu urusan tandatangan surat perjanjian. Disebabkan perjanjian tu di antara bank dengan cikzahiyyah dan ayah jadinya takkan nak ambek tandatangan korang kan. Cabaran betul urusan jarak jauh ni bila anak dok Selangor , ayah dengan bank pulak dekat alor setar. Kebetulan manager bank BSN AS ada urusan dekat Wisma BSN so cikzahiyyah dengan ditemani kawan sekelas iaitu pn Shalida telah menjalani laluan explorace dari Bangi ke KLCC untuk lengkapkan tandatangan bahagian cikzahiyyah.


depan KLCC sebelum nak gerak balik ke Bangi

Wisma BSN betul-betul depan KLCC


sebagai bahan bukti


 Habis kelas terus pergi KTM UKM dengan menumpang kereta classmate (ainul) . sampai KL Sentral tukar pulak LRT ke KLCC. Tapi memang time management kitorang bagus sebab seperti yang dijanjikan kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang. Memang terbakar habis kalori yang ada time tu (rasanya la).First time terlibat dalam urusan jual beli harta macam ni. Lenguh jugaklah tangan nak sign semua surat agreement tu. Dah siap sign kitorang bergegas pulak balik ke Bangi.

letih amat time ni


what's on your mind?


this is my "penyelamat"

singgah makan di KL Sentral ...nasi ayam terpenyet


 Esoknya pula dapat call dari pemaju sebab kena sign surat berkaitan rumah (takkan surat nikah pulak). Alamak ada lagi nak kena tandatangan rupanya. Tapi kali ni surat tu dipos ke maktab dan Alhamdulillah surat tu pon dah siap di sign dan di pos tadi dengan bantuan cik fira kita yang bawak cikzahiyyah merempit naik kuda merah beliau. Tq fira! I owe u this time!













Memandangkan minggu depan adalah Cuti Tahun Baru Cina dan syarikat pemaju pon cuti jadi urusan yang lain akan menyusul selepas cuti. Harap-harap lepas ni tak ada lagi surat yang perlu ditandatangani. Rasanya urusan lepas ni hanya urusan pembayaran kot. Urusan pembayaran buat masa sekarang adalah luar dari bidang kemampuan cikzahiyyah :P.

Di kesempatan ini cikzahiyyah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada my bestfriend fitriyah akir yang sanggup ambik cikzahiyyah dan bawak ke UPM semata-mata nak dengar haritu. Kemudian buat cik rumate Aminah Halim yang sentiasa positif. Tak lupa juga buat shalida yang sudi dengar masalah cikzahiyyah dan sanggup teman ke KLCC. Juga ainul yang sudi hantar ke KTM UKM. Budak kelas yang sentiasa doakan cikzahiyyah. Harap korang doakan kami sekeluarga cepat masuk rumah baru. Muahahahaa.

Saturday, January 19, 2013

suka suki 2012



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dah setahun tak update blog ni. Over la kan sampai setahun. Sebenarnya banyak benda yang nak share dekat blog yang berhabuk ni tapi malas nak menulis dan mencari masa yang sesuai tak jumpa maka hari ni barulah memaksa diri untuk buat entri.
Azam cikzahiyyah pada 30 atau 31 Disember lalu nak review balik apa yang dah cikzahiyyah lalui sepanjang tahun 2012. Sebab  memang dah berazam jadi cikzahiyyah akan review jugak walaupun tahun 2012 dah meninggalkan kita.


Kita mulakan dengan awal tahun 2012. Time ni mak telah di”operate” disebabkan oleh kandungan yang ada tidak berkembang dan mengecut. Kalau tidak harith mukhlis dah jadi abang cik la kan. Tapi Allah dah tentukan segala-galanya.

Dalam tahun 2 degree ni jugak cikzahiyyah dan kawan-kawan ada unit beruniform. Oleh itu kami semua akan pakai uniform persatuan setiap hari rabu.

Bulan 3 pulak kami berjaya mengumpulkan 2 family untuk bercuti di langkawi. Percutian family ni jugak turut kami libatkan tok (mak kepada mommy cikzahiyyah). Alhamdulillah, semua orang memang enjoy habis. Especially ada orang yang hampir muntah hijau time naik cable car. Muahaha.

Bulan 4 adalah momen yang paling sedih dalam hidup kami sekeluarga. Tok nenek (moyang sebelah mak) pergi buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan kami semua dalam usia 100 lebih. Ingat lagi dulu setiap kali balik kampung kami akan menginap (ewah menginap kau) di rumah nek. Time tu susah lagi. Balik kampung naik bas ja. Kat rumah ada Honda civic  c70 ja. Sayang sangat dengan nek sebab dia yang besarkan mak since mak kecik sebab tok kahwin lain. Tapi rumah tok dengan nek sekampung ja. Rasanya dalam 2 minggu nek jatuh sakit before meninggal. Cikzahiyyah sempat berada bersama nek sebelum nyawanya diambil. Time tu cikzahiyyah baru selesai solat hajat mohon Allah mudahkan urusan beliau. Semoga Allah mudahkan urusan nek di “sana”.

Dalam tahun 2012 jugak anak saudara ayah yang sama umur dengan Elda meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Al-fatihah.


Banyak aktiviti outdoor yang cikzahiyyah ikuti pada tahun 2012. Especially perkhemahan. Seronok join camping sebab kita dapat kenal kawan baru yang selama ini hanya berbalas senyuman. Walau bagaimanapun berat masih jugak tak turun-turun (menaip dengan penuh kecewa).

tahun 2012 cikzahiyyah berpeluang  berpuasa dan bertarawikh di Kota Baharu. Walaupun idea ber”shopping” di KB pada waktu siang dengan kadar kepanasan yang melampau adalah sangat-sangat tidak relevan.

Hari raya tahun ni kami berjaya ambik gambar satu family. Alhamdulillah ada juga memori raya dalam sekeping gambar. Walaupun tema kelabu sangat hit pada hari raya tersebut. Sampai ayah komplen sebab ramai sangat orang pakai baju sama dengan dia. Haha. Sori ayah mana kak tau nak jadi macam tu. Tahun ni kita pelan kale lain pulak naaa.

Lupa nak cakap tahun 2012 cikzahiyyah berjaya jadi fasi di beberapa program and of course la kem permata insan jugak. Penglibatan dalam kem ni diharapkan dapat memberikan seribu satu pengajaran dan pengetahuan untuk menghadapi hari yang mendatang kelak.

Dan tahun 2012 telah membuatkan cikzahiyyah menumpahkan air mata sekali lagi kerana sikap takbur sombong bongkak manusia. Sori guys cikzahiyyah belum bersedia untuk bercerita pada korang. Doakan agar usaha cikzahiyyah dan keluarga untuk keluar dari kemelut ini berjaya. Aminn. Time tu mungkin cikzahiyyah dah bersedia untuk menceritakan semuanya. Semoga Allah lembutkan hati mereka itu agar berjalan di muka bumi ini dengan penuh rasa taqwa inshaallah.














Rasanya inilah entri yang paling panjang dalam sejarah. Haha. Doakan agar cikzahiyyah lebih rajin untuk post entri baru di masa akan datang. Selamat tinggal 2012. Assalamualaikum 2013!

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat