Tuesday, February 5, 2013

my own experience


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم     

Minggu ni boleh senyum lebar-lebar sebab dah nak balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Tak sabar rasanya nak balik rumah untuk spent time dengan family sambil main masak-masak kat dapur. Walaupun elaun belum masuk lagi tapi Alhamdulillah rezeki tidak putus-putus. Orang yang menuntut ilmu ni Allah sentiasa murahkan rezekinya. Oleh itu rajin-rajinlah mencari ilmu =)

Ok nak kongsi sikit kat sini tentang pengalaman peribadi cikzahiyyah sepanjang 4 bulan lepas. Bulan 11 yang lepas family cikzahiyyah decide nak beli rumah sendiri. Memanglah rumah sekarang tu adalah rumah sendiri sebab memang datuk moyang cikzahiyyah punya rumah. Tapi masa berganti-ganti masa semuanya bertukar. Oleh sebab statusnya yang sangat rumit kami mesti cari rumah baru. Tapi memandangkan ayah masih belum pencen, nak tak nak memang kena stay kat alor setar dulu before balik kampung mak.

Ok back to the original story. Setelah membuat tinjauan dan survey ayah dan mak dah decide nak beli rumah dekat area kepala batas. (alor setar tau bukan penang). Disebabkan cikzahiyyah masih berada di maktab sebab time tu dalam mood exam so, cikzahiyyah pon usha la rumah yang dimaksudkan melalaui internet. Rasanya oklah kot dengan kemampuan kami serta ambik kira jarak dan kemudahan setempat. Kalau nak dibandingkan Pantai Johor dengan Kepala Batas memang PJ tetap dihati. Tempat jatuh lagikan dikenang ye dok?

So ayah pon apply la loan bagai. Nak dijadikan cerita urusan melalui Bank Simpanan Nasional tak memerlukan penjamin dan urusan pinjaman ni boleh melibatkan dua generasi. Maksudnya cikzahiyyah boleh join dengan ayah untuk apply loan tu. (Lagipun susah nak cari orang yang sanggup jadi penjamin sekarang). Student IPT bleh beli rumah dengan skim ni ye. Disebabkan umur ayah pon bukannya muda lagi (tapi ayah I muda tau :P) jadi cikzahiyyah memang willing dengan hati yang terbuka untuk pikul semua tu.

 Memandangkan tahun depan adalah final year sebagai student degree (tp nnt nak sambung master lagi kalau ada rezeki) jadi tempoh masa tu tak ada lah lama sangat ayah nak pikul beban hutang sensorang kan. Gaji ayah pon bukannya besar sangat. Nasib baiklah mak pandai menjahit so boleh la cover mana yang boleh.(oh aku dah melancong ke lain pulak)

Setelah hampir dua bulan menunggu, urusan loan dan insurans pon lulus. Alhamdulillah. Jadi go to the next step iaitu urusan tandatangan surat perjanjian. Disebabkan perjanjian tu di antara bank dengan cikzahiyyah dan ayah jadinya takkan nak ambek tandatangan korang kan. Cabaran betul urusan jarak jauh ni bila anak dok Selangor , ayah dengan bank pulak dekat alor setar. Kebetulan manager bank BSN AS ada urusan dekat Wisma BSN so cikzahiyyah dengan ditemani kawan sekelas iaitu pn Shalida telah menjalani laluan explorace dari Bangi ke KLCC untuk lengkapkan tandatangan bahagian cikzahiyyah.


depan KLCC sebelum nak gerak balik ke Bangi

Wisma BSN betul-betul depan KLCC


sebagai bahan bukti


 Habis kelas terus pergi KTM UKM dengan menumpang kereta classmate (ainul) . sampai KL Sentral tukar pulak LRT ke KLCC. Tapi memang time management kitorang bagus sebab seperti yang dijanjikan kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang. Memang terbakar habis kalori yang ada time tu (rasanya la).First time terlibat dalam urusan jual beli harta macam ni. Lenguh jugaklah tangan nak sign semua surat agreement tu. Dah siap sign kitorang bergegas pulak balik ke Bangi.

letih amat time ni


what's on your mind?


this is my "penyelamat"

singgah makan di KL Sentral ...nasi ayam terpenyet


 Esoknya pula dapat call dari pemaju sebab kena sign surat berkaitan rumah (takkan surat nikah pulak). Alamak ada lagi nak kena tandatangan rupanya. Tapi kali ni surat tu dipos ke maktab dan Alhamdulillah surat tu pon dah siap di sign dan di pos tadi dengan bantuan cik fira kita yang bawak cikzahiyyah merempit naik kuda merah beliau. Tq fira! I owe u this time!













Memandangkan minggu depan adalah Cuti Tahun Baru Cina dan syarikat pemaju pon cuti jadi urusan yang lain akan menyusul selepas cuti. Harap-harap lepas ni tak ada lagi surat yang perlu ditandatangani. Rasanya urusan lepas ni hanya urusan pembayaran kot. Urusan pembayaran buat masa sekarang adalah luar dari bidang kemampuan cikzahiyyah :P.

Di kesempatan ini cikzahiyyah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada my bestfriend fitriyah akir yang sanggup ambik cikzahiyyah dan bawak ke UPM semata-mata nak dengar haritu. Kemudian buat cik rumate Aminah Halim yang sentiasa positif. Tak lupa juga buat shalida yang sudi dengar masalah cikzahiyyah dan sanggup teman ke KLCC. Juga ainul yang sudi hantar ke KTM UKM. Budak kelas yang sentiasa doakan cikzahiyyah. Harap korang doakan kami sekeluarga cepat masuk rumah baru. Muahahahaa.

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat