Tuesday, October 23, 2012

SECRET SCENTS PERFUME


 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Boleh di katakan semua orang yang baca blog cikzahiyyah ni mesti ada pakai minyak wangi @ perfume kan? (ada ka yang bca blog ni?) hari ni cikzahiyyah nak perkenalkan kepada anda semua satu jenama koleksi minyak wangi inspirasi daripada jenama  antarabangsa iaitu Secret Scent. Secret Scent  ni merupakan keluaran umat Islam sendiri yang disahkan oleh JAKIM. Macam mana cikzahiyyah  tahu tentang status brand minyak wangi ni? Cikzahiyyah memang kenal dengan pemilik kepada syarikat Secret Scent. Kawan cikzahiyyah la yang mula-mula memperkenalkan minyak wangi jenama ini.

 Minyak wangi Secret Scent ni terdapat  dalam bentuk roll-on dan juga spray.   Bagi yang roll-on keadaannya adalah sedikit pekat berbanding dengan  yang spray.  Apa yang menarik tentang minyak wangi keluaran secret scent ini ialah ianya dibacakan ayat-ayat ruqyah dan juga sesuai untuk mereka yang mengalami insomnia. (google sendiri kalau nak tau pasal ayat ruqyah). Harganya sangat berpatutan dan tahan lama.

5 ml (roll on)  Sebotol= rm12
5 ml (roll-on) 3 botol/sekotak= rm 30 *boleh campur wangian lelaki dan perempuan
8 ml (roll-n) sebotol = rm 16
8 ml (spray) sebotol = rm18
25 ml (spray) sebotol = rm45
*harga tidak termasuk bayaran pos
 Di bawah ni merupakan senarai jenis haruman yang ada:
my favourites are J'dore, Amor-amor dan Incanto Shine. 

 
ni contoh kotak untuk mereka yang beli sekotak. kalau beli sebotol RM12.. lagi untung beli sekotak kan
 
ini sampel untuk 8 ml
 sesiapa yang berminat untuk membeli perfume Secret Scents boleh mengisi borang pesanan dibawah ataupun emel terus kepada cikzahiyyah di zahiyyahmz@gmail.com ataupun hubungi cikzahiyyah 013-7046638

p/s: sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli juga sangat di alu-alukan =)
.
 




Tuesday, October 2, 2012

episod itu berulang lagi


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Lebih kurang 12 tahun aku tanggung rasa ini. Dan 12 tahun juga aku memandang mereka benci. Bukan kerana aku membenci mereka tetapi mereka yang menyemai rasa kebencian itu terhadap diri mereka sendiri. Aku Cuma inginkan kebahagian sementara agar aku mampu hidup seperti orang lain. Dari luar mungkin mereka mengatakan bahawa aku adalah species manusia yang happening habis. Namun di sebalik topeng itu aku mengalirkan air mata yang deras. Kadangkala aku bermonolog sendiri Kenapa aku yang diuji. Kenapa aku? Kenapa kami? Dan setiap kali itu juga aku bermuhasabah bahawa Allah inginkan kami sentiasa mengingatiNYA. Ampunkan kami ya Allah. Mungkin DIA sudah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kami. Hati aku lebih sayu mengenangkan mereka yang aku sayang. Andai aku perlu korbankan jiwa dan ragaku demi membahagiakan dirimu pasti sudah lama aku melakukannya wahai mak ayah yang aku sayangi. Tetapi aku harus kuat kerana aku adalah harapan mereka. Kadangkala aku rasa mereka yang terdahulu yang bersalah kerana membuatkan kami terjerat dalam permasalahan ini. Cepat-cepat aku beristighfar. Maafkan aku wahai adikku kerana memikirkan engkau masih mentah dalam usiamu. Hari ini aku dapat mendengar dari mak bahawa kau sudah peka terhadap apa yang diertikan dengan tanggungjawab. Adikku, sekiranya engkau mahu untuk memikul beban ini bersama maka akanku buka peluang ini seluas-luasnya untukmu. Ya Allah, kau bukakanlah hati manusia yang berjiwa rakus itu agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka di dunia. Sesungguhnya engkau mampu untuk mengubah hati mereka. Ya Allah ya tuhanku, kau kurniakanlah kami kekuatan untuk mengharungi ujian di dunia ini  dan janganlah kau lekakan hati-hati ini.



~harith n hashimi x ada dalam gambar~ akanku lakukan apa sahaja agar kalian bahagia

: izinkan aku menangis demi membasahi api kemarahan ini~kaksayangsemua~

Saturday, September 29, 2012

BIG Di Perkampungan Orang Asli

Program khidmat masyarakat bina insan guru (BIG) untuk semester ni telah bertempat di SK Bukit Bangkok. Banyak aktiviti y kami dah lakukan iaitu melukis mural, gotong royong balai raya dan surau serta perlawanan bola sepak dan bola jaring antara penduduk kampung. Suasana kampunya sangat mendamaikan dan orang kampung pon sangat ramah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 27, 2012

ada yang tertinggal

Mendekati ke garisan penamat demam esaimen kali ini. Alhamdulilah dah banyak yang telah berjaya dihantar. Sekarang masih berbaki satu lagi tugasan iaitu teknologi dalam pendidikan. Semoga cikzahiyyah dan kawan-kawan berjaya menyiapkannya. Amin

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

pantun

Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak hamba ternanti-nanti

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 20, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Seperti yang sudah dijanjikan hari ni cikzahiyyah diizinkan untuk meng”update” fasal perkhemahan unit uniform yang diadakan di Impian Country Resort, Hulu Langat.  Kat resort ni la lokasi drama Juvana yang pernah meletup tu di lakonkan. Kami berkhemah dekat sini selama 4 hari 3 malam. Seramai 5 unit uniform yang terlibat iaitu puteri Islam, pengakap, kadet remaja sekolah, pandu puteri dan PBSM. Alhamdulillah segala-galanya berlangsung dengan lancar dan seronok sangat.




sebelum jungle treking

happy go lucky!!!

pandu puteri

tengah hutan

posing ala-ala sakit lutut

nature

turun bukit yang curam tapi still happy

alhamdulillah berjaya merentasi hutan

rehat dulu sebelum acara memasak ala rimba

sungai yang sentiasa menggugat keimanan untuk berkubang

group cikzahiyyah~

buluh tebal macam nak buat meriam

taraaa...

berjaya mandi...(kalau tahu kisah sebenar memang tak akan mandi kat sini kot =(

ahli puteri

malam kebudayaan...gmbar tak cantik

PBSM

nazam puteri

sedang mengalunkan nazam

kami ramai-ramai~hari last

 Antaranya ialah terdapat lima (5) perkara yang membuahkan ganjaran pahala hanya dengan melihat atau menatapnya sahaja.
Lima perkara itu ialah:
1.    melihat al-Quran
2.    melihat Kaabah 
3.    melihat air Zam-zam 
4.    melihat wajah ibubapa
5.    melihat orang alim dan keindahan alam 


:) - terima kasih semua untuk perkhemahan yang best ni especially untuk ahli PPIM yang sporting habis!

Wednesday, September 19, 2012

bengkel khat

 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Alhamdulillah, hari ni kos pengajian islam batch cikzahiyyah telah berjaya menganjur dan menyertai bengkel khat. Bengkel ni merupakan salah satu daripada kehendak soalan dalam tugasan jawi untuk semester ni. Dalam bengkel ni kami perlu menghasilkan kata-kata di atas “pespek” (tak tau ejaan sebenar) dalam tulisan khat. Kumpulan cikzahiyyah telah memilih khat nasakh. Macam pilih fon dalam komputer pulak kan. Walaupun kami tak berapa pandai tapi berkat kerjasama antara kami dan juga pertolongan mereka yang pakar dalam bidang khat ni jadilah juga karya khat kami at least ada la rupa khat tu kan.


step pertama..k.ruhil...
 Sebelum tu nak bagi tahu ahli kumpulan cikzahiyyah ialah kak ruhil dan juga najihah. Cikzahiyyah memang tak pandai dalam bab khat ni jadi cikzahiyyah tolong cat dan potong sticker atas pespek tu je pastu garis-garis untuk boarder. Kumpulan kami buat hiasan yang simple je. Tak macam kumpulan lain yang buat kerawang-kerawang bagai. Kami malas nak buat kerja yang rumit takut hancus.





keja padam memadam memang kerja aku~

letak salotape dan ukur mengukur

proses menekap menggunakan kertas karbon

tekap dengan tekun

alamak kaki sape pulak tu

kerja menoreh

cabut!

kenapa muka saya macam tertekan


peralatan untuk mengecat

rumate





senyum sambil tunggu cat kering

ganu girls


see...macam nak menari kuda kepang

again~


siap!



nani dan rahmah...khat rahmah dapat top 5

sebelum diadili oleh juri











model import dari kumpulan lain..syalida




 p/s: tq kawan2 sebab sudi bantu kami...sori jugak buat k.ruhil dan jiha sebab cikzahiyyah xtahu nak tolong ape,,,rse mcm jd sleeping partner je



BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat