بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hujung minggu yang lepas merupakan hari-hari yang sangat sibuk. Jumaat yang lepas cikzahiyyah dan 2 orang kawan iaitu IM asyraf(acap) dan fadiah (fad) telah bertolak ke Melaka. Kami bertiga adalah rakan sekumpulan untuk tugasan esaimen WAJ3106 hubungan etnik. Disebabkan kami bertiga telah sepakat untuk memilih etnik Baba Nyonya, maka kami perlulah berangkat ke Melaka untuk membuat kajian lapangan. (ada gaya macam nak dapat 4 rata x sem ni?).
Kami bertolak pada pukul 5 petang dari Terminal Bas selatan. Segala urusan bas diuruskan oleh acap sebab beliau adalah orang Melaka. Lebih kurang pukul 7 petang kami pon sampai ke Kampung Bukit Cheng ho. (rumah acap).
Selesai solat maghrib dan makan malam kami pon bertolak ke Jonker Walk.di Jonker walk kami dapat melihat serba sedikit warisan-warisan baba nyonya yang masih ada. Berjalan di jonker walk membuat kami (cikzahiyyah & fad) berasa bagai di negara China. Huhu,,,macam ngeri jugak. Nasib baik ada 2 orang yang jadi hulubalang kami malam tu iaitu Acap dan kawannya Syuk. So, taklah takut sangat. Sebelum balik ke rumah Acap kami dibawa ke kampung Morten. Suka sangat tengok rumah-rumah tradisional kat situ.
 |
mangkuk tingkat baba nynya |
 |
yang baju hitam tu syuk kawan acap dan makcik responden |
 |
the nyonya kebaya |
 |
salah satu kedai yang menjual kuih baba nyonya |
 |
suasana malam |
 |
nyonya fadiah =P |
Keesokan harinya selepas sarapan kami bertiga menuju ke Jalan Tun Tan Cheng Lock untuk ke Muzium Baba Nyonya. Muzium ni terletak di deretan rumah-rumah kedai. Bayaran masuk adalah rRM10 bagi dewasa. Kami tidak dibenarkan untuk menggunakan kemera semasa di dalam muzium tersebut. Oleh itu, terpaksalah menggunakan mata dengan sebaik mungkin untuk merakamkan benda-benda yang terdapat di dalam muzium. Penerangan telah disampaikan oleh cik Sabrina(bukan Sabrina belakang rumah korang tu). Rasanya dia bukan dari keturunan Baba Nyonya sebab dia asyik omputih ja.
Selepas itu, kami berhajat untuk menemu bual pihak Persatuan Peranakan Cina. Penat kami tertinjau-tinjau dekat luar pagar pejabat persatuan ni. Rupa-rupanya mereka cuti pada hari sabtu. Padahal dekat jadual tulis lain. Dah la cakap kitorang tak buat temu janji padahal kitorang dah bagitau yang kitorang nak datang. Rasa macam sedikit geram la. Disebabkan takada tempat nak dituju, kami pon mula menjadi pelancong sepenuh masa dengan bantuan pemandu pelancong kami iaitu acap.
 |
muzium baba nyonya |
 |
masing-masing melayan stress |
Kami decide nak pergi Taman Rama-rama dekat Ayer Keroh. Sebelum tu kami sempat berkelah dengan group orang
asli. Maksudnya group yang buat pasal
etnik orang asli iaitu kak ruhil, zul, fatin, dan kay. Hehehe..kitorang
berkelah di Taman Botanikal sambil menikmati makanan yang dibekalkan oleh mak
acap. Lepas makan kami pon berpecah mengikut haluan kumpulan masing-masing.
 |
group untuk orang asli |
 |
~snap~ |
 |
~butterflies~ |
Petang tu jugak kami balik
maktab sebab malamnya kami nak prepare barang-barang BBQ untuk program kelas di
sg. Congkak.=). dan dikesempatan ini cikzahiyyah nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mak acap dan juga acap keran sudi untuk menerima cikzahiyyah dan fad sebagai tetamu. mak cik sangat best dan masakan mak cik pon best!!! terima kasih mak cik!!
wuyoooo. ni mesti assigment paling mantop ni
ReplyDeleteaminn ya Rabb...yang penting pengalaman yang xternilai=D
ReplyDelete