Sunday, February 12, 2012

sumpah ikrar

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



tadi time tengok wall facebook ternampak satu video yang di post oleh kawan cikzahiyyah yang belajar dekat timur tengah. cikzahiyyah pon buka lah. bila tengok tu seakan-akan ada rasa yang sukar nak digambarkan. ianya seakan perasaan semangat, kasihan atau kagum.entahlah. sebelum tu elok kiranya korang tengok dulu video ni

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad





cikzahiyyah cuma nak komen tentang keadaan negara islam kita pada hari ini. kita ada negara islam yang lain. kita juga ada umat islam yang ramai atas muka bumi ini. tapi berapa kerat yang ada rasa dan perasaan untuk membantu saudara-saudara di negara-negara yang sedang bergolak. ikut rasa hati cikzahiyyah mahu saja hantar anak-anak muda kita yang suka merempit tu pergi berjihad di sana. at least kalau mati tu tak adalah mereka ni mati katak kan. tapi kita yang tidak kuasa ini hanya mampu berdoa dan dan merintih tentang keadaan saudara kita. 

cikzahiyyah memuji mereka yang berada didalam video ni. walaupu keadaann mereka disana bergolak mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain. mereka yakin bahawa yang memberi pertolongan itu sebenarnya adalah Allah. Allahu Akbar. mungkin keadaan di dunia sekarang ni tidak meyakinkan mereka untuk meminta pertolongan daripada orang lain. sesungguhnya pertolongan yang hakiki datangnya daripada Allah.

sekiranya kita berada di tempat mereka mampukah kita sekuat mereka. mahukah kita menggadaikan nyawa kita demi islam? nak mendirikan solat pun dah macam sudi tak sudi saja. semoga Allah menguatkan hati-hati mereka untuk menentang musuh Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyun-duyun,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat." Quran[110.1 - 3]

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat