Assalamualaikum,
Dah lama tak update blog. Memandangkan hari ni rasa macam semangat sikit so kita jangan lengahkan. Hari ni bersamaan 10
februari 2012. Hulubalang cikzahiyyah yang paling kecik dah 8 tahun. Happy
birthday muhammad harith mukhlis! You never know how much i love u =’(
-
-
-
-
-
(tengah lap air mata sebab rindu)
![]() |
ketika masih comel =P |
kecomelan semakin berkurang |
Terasa masa terlalu cepat berlalu. Kehadiran
MHM sangat dinantikan oleh kami seisi keluarga pada ketika itu. Almaklumlah
adik yang paling bongsu pada waktu tu dah 8 tahun iaitu cik Elda Afiqah. Kami
semua sangat teruja untuk dapat adik. Cikzahiyyah memang harap nak dapat adik
lelaki. Sebab apa adik lelaki? Sebab dulu cikzahiyyah tak kamceng langsung dengan
adik pompuan yang sorang tu. Tapi sekarang kami dah macam kawan. =P
Masa MHM lahir cikzahiyyah tak tahu langsung
ok. Sebab cikzahiyyah dok hostel jadinya kalau nak tahu berita apa mesti call
rumah la. Dan cikzahiyyah punya habit ialah call mak setiap hari khamis. Alkisahnya
pada petang khamis cikzahiyyah kol la mak sebab nak suruh datang ambik time
outing. Almaklumlah rumah sekangkang kucing ja dengan rumah. Tapi ayah yang
angkat fon tu. Ayah cikzahiyyah cakap balik je la sebab ada orang nak jumpa. Cikzahiyyah
tanya siapa yang nak jumpa. Ayah cakap balik la dulu. Then dapat tangkap yang
mak dah bersalin hari selasa yang lepas. Kesiankan pada cikzahiyyah. Dalam dunia
yang serba canggih ni cikzahiyyah boleh ketinggalan informasi.
rambut ala-ala tentera korea selatan |
Nama MHM ni adalah gabungan nama pilihan ayah
cikzahiyyah dan cikzahiyyah sendiri. Harith tu nama pilihan cikzahiyyah. Rasa bangga
kot mak pilih nama tu. Huhu. Rasa seronok sangat dapat adik kecik. Dia adalah
permata hati kami sekeluarga atau kata orang aloq staq apple of my eyes.
MHM ni
sejak kecik ni memang fanatik dengan bola. kalau dia ada nampak bola kat kedai tu mesti
dia akan melalak suruh beli. Kalau dia nak main bola pula dia tak akan pegang dengan
tangan dan dia akan main dengan kaki. Mungkin sebab masa mengandungkan dia mak
selalu teman ayah tengok bola kot. Dan untuk pengetahuan anda dia peminat setia
Manchester United. Masa dia kat PASTI dia jadi kapten bola sepak wakil bagi PASTI yang dia belajar. Tapi tak menang pon. ngeh3
~tak semestinya minat Man Utd kene pakai jersi kelab tu aje~ |
Budak ni sangat suka makan benda masam. Kalau korang
bagi dia buah epal dengan belimbing buluh, then dia akan cakap epal yang manis
itu adalah tidak sedap. Jeruk yang sebekas tu dia boleh habiskan dalam masa
beberapa minit saja. can you imagine that???
gigi kapak adalah warisan turun temurun kami!! |
Hebat betul MHM malam ni sebab kakak yang selalu manjakan dia telah buat entri khas ni. Adik, kak ada benda yang kak doakan untuk adik.
“ya Allah, kau sejahterakanlah hidup adikku
ini. ya AllahKau kurniakanlah dia kejayaan didunia dan diakhirat . Kau jadikanlah
dia insan yang mampu dibanggakan oleh ibubapanya, agama, bangsa dan negara. “
p/s: entri ini dipost selepas pukul 12 disebabkan oleh penangguhan kerja.
kami pn ska tpon mak kami hri kmis, x tau npe, mngkin kbiasaan sdh~~1st time ngk adik c.zahiyah nih..comel..dan slmt mnymbut klhirn adik bru juga..ngee3~`^_*
ReplyDeletehihi..sya, bdak ni sangat nakal...=P
ReplyDeletexde rezeki nak dapat adik baru..mgkin bukan rezeki dia nak jd abg kot =(