بسم الله الرحمن الرحيم
letih malam ni. dah berapa kali keluar masuk toilet. rasa macam nak pengsan dah. rasanya makan daging kurma tadi kot. jangan dilayankan sangat rasa sakit tu. kalau nak dilayan rasa sakit tu pakai tak update la blog ni. petang tadi lepas kelas terus keluar sebab nak cari kasut kuliah. yang lama dah uzur lagi teruk. setiap kali nak beli kasut kuliah mesti ada mimpi ngeri. sebab saiz kaki cikzahiyyah tak normal. hahaha. saiz 3 atau 4 untuk kasut bertutup. susah sangat nak cari. kadang-kadang stress gak dengan kekurangan diri.
tapi bila reflek balik teringat pada orang-orang yang tak ada kaki. mesti diorang kepingin sangat nak pakai kasut. jadi kita yang cukup sifat ni buat apa nak merungut dan mengeluh. manusia memang tak pernah bersyukur. dalam surah Ar-Rahman berulang-ulang Allah berfirman "maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan". dan bila di renungkan balik walaupun kasut susah nak cari tapi kaki cikzahiyyah comel. hahaha...buat korang yang ada masalah yang sama macam cikzahiyyah boleh cari VERN'S. inshaallah saiz untuk kaki yang macam saiz kanak-kanak boleh didapati di kedai tu.
satu lagi kalau kasut tu longgar sikit-sikit beli je la pelapik kasut yang ada juala kat GUARDIAN atau WATSON. so korang tak payah la nak sumbat tisu bagai.lagi pun kalau letak benda alah tu rasa selesa sikit bila berjalan. itu sahaja tips berguna untuk malam ini dan selamat beramal.
![]() |
yang ni pulak kat tapak dibahagian depan. |
p/s: ada rasa macam nak demam bila beli kasut kuliah yang baru ni.
No comments:
Post a Comment