assalamualaikum
Mungkin orang lain dah bagi komen tentang novel tulisan HLOVATE iaitu Contengan Jalanan. Sekarang ni memang cikzahiyyah baca buku cepat mcm kura-kura sebab tu bagi komen pon lambat. Hehehe. Novel kali ni memang superb la wahai sang penulis. Banyak added value yang boleh kita ambik daripada jalan cerita novel ni. Kepada yang lelaki ini bukan novel cintan cintun jiwang karat. Novel ni menceritakan tentang dua orang sahabat yang lalai dengan dunia mereka dan tersedar tentang hakikat tersebut. Kedua-dua mereka mencari jalan yang tersendiri dalam mencari erti hidup. Apa yang best tentang novel ni ialah korang akan bukak Al-Quran atau tafsir Al-Quran bila baca novel ni. Memang superb kan?
![]() |
ini rupa novelnya...2 kisah dalam 1 novel |
Part yang paling best dalam novel ni ialah HLOVATE bawak kita makan angin ke Australia dan juga Indonesia. Korang beli bayar RM24 dan korang boleh makan angin ke dua buah benua. Untung kan? Banyak juga kata-kata yang menarik dalam novel ni yang boleh memberikan motivasi pada kita sebagai manusia dan juga Muslim khususnya. Selain itu juga, korang jugak akan dapat belajar serba sedikit tentang perkataan dan perkara baru. Contohnya selo. Bila cikzahiyyah jumpa perkataan itu, terus cikzahiyyah cr kt Google. Barulah tau selo tu apa. Kalau nak tau cari sendiri ok. Muahaha. Nak diringkaskan cerita korang mesti baca novel ni kerana ianya sangat berbaloi dan ada estetika value.
the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th
"don't judge a travel plan from its dossier. to know be there"
"art is not meant to be understood, it is meant to be appreciated"
"there in no right or wrong in art"
p/s:karya HLOVATE banyak bawak pembaca makan angin kt oversea.
No comments:
Post a Comment