Friday, March 30, 2012

disebalik nama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah esaimen pertama sudah berjaya dihantar tadi. Rasa gembira sangat. Oleh sebab terlalu gembira cikzahiyyah rasa macam nak update blog ni.=)

Hari ni cikzahiyyah nak bercakap tentang kisah nama cikzahiyyah. Lepas lahir mak cikzahiyyah bagi nama cikzahiyyah zahriyatun. (mana ada org bg nama anak sebelum lahir). Namanya diberi ilham oleh nenek saudara cikzahiyyah kat sebelah rumah. nama ni telah dipersetujui oleh mak. Oleh kerana mak dalam pantang maka ayah cikzahiyyah la yang ditugas untuk mendaftar nama puteri sulungnya. Bila sampai ja di pejabat pendaftaran nama sudah jadi lain. Dari zahriyatun jadi jadi zahiyyatun. Simple but nice. ngeh. Untuk pengetahuan korang sejak kecil lagi cikzahiyyah dikenali dengan nama atun@kakak@kak.

Demikian sejarah bermulanya nama cikzahiyyah. Zaman tadika dan sekolah rendah cikzahiyyah sangat malu dan segan untuk bagitau nama sendiri. Cikzahiyyah rasa nama tu sangat buruk dan pelik. Dan paling tak suka bila bagitau nama orang tak pernah sebut dengan betul. Lepas tu ada yang akan Tanya berkali-kali. Perkara ini merupakan tekanan psikologi bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar ye korang.

Tapi bila dah mula cerdik barulah bangga bila orang puji nama tu sedap. Siap Tanya maksud untuk letak nama untuk anak lagi. Kadang-kadang nak tergelak pon ada orang banding nama cikzahiyyah dengan nama adik-adik. Yalah nama adik bunyi macam moden tapi kakaknya ala-ala arab gitu. Ada sorang adik  tanya.

“akak, kenape nama adik akak sedap tapi nama akak….”, terkedu cikzahiyyah di situ.( adik:muhd hashimi, elda afiqah, muhd harith mukhlis)
Dalam hati, “adik sorang je yang rasa nama akak x berapa enak”

Haritu masa pergi sekolah untuk tugasan ada pulak cikgu tgk tag nama sambil tanya,

“zahiyyatun apa?”
Pastu cikzahiyyah pon balas
“Zahiyyatun sudahla kak..dah cukup panjang dah nama ni”

Kesimpulannya cikzahiyyah bangga dengan nama “silap” yang ayah bagi. Cuba google berapa ramai yang ada nama macam cikzahiyyah? Dan  Ada hikmahnya ayah tersilap daftar nama sebab dalam bahasa arab zahriyatun maksudnya "pasu bunga".haha. dan zahiyah@zahiyyatun maksudnya “yang indah”.ngeee.  jadi berbanggalah dengan nama yang diberi.





~nama itu doa~

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat