Tuesday, October 2, 2012

episod itu berulang lagi


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Lebih kurang 12 tahun aku tanggung rasa ini. Dan 12 tahun juga aku memandang mereka benci. Bukan kerana aku membenci mereka tetapi mereka yang menyemai rasa kebencian itu terhadap diri mereka sendiri. Aku Cuma inginkan kebahagian sementara agar aku mampu hidup seperti orang lain. Dari luar mungkin mereka mengatakan bahawa aku adalah species manusia yang happening habis. Namun di sebalik topeng itu aku mengalirkan air mata yang deras. Kadangkala aku bermonolog sendiri Kenapa aku yang diuji. Kenapa aku? Kenapa kami? Dan setiap kali itu juga aku bermuhasabah bahawa Allah inginkan kami sentiasa mengingatiNYA. Ampunkan kami ya Allah. Mungkin DIA sudah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kami. Hati aku lebih sayu mengenangkan mereka yang aku sayang. Andai aku perlu korbankan jiwa dan ragaku demi membahagiakan dirimu pasti sudah lama aku melakukannya wahai mak ayah yang aku sayangi. Tetapi aku harus kuat kerana aku adalah harapan mereka. Kadangkala aku rasa mereka yang terdahulu yang bersalah kerana membuatkan kami terjerat dalam permasalahan ini. Cepat-cepat aku beristighfar. Maafkan aku wahai adikku kerana memikirkan engkau masih mentah dalam usiamu. Hari ini aku dapat mendengar dari mak bahawa kau sudah peka terhadap apa yang diertikan dengan tanggungjawab. Adikku, sekiranya engkau mahu untuk memikul beban ini bersama maka akanku buka peluang ini seluas-luasnya untukmu. Ya Allah, kau bukakanlah hati manusia yang berjiwa rakus itu agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka di dunia. Sesungguhnya engkau mampu untuk mengubah hati mereka. Ya Allah ya tuhanku, kau kurniakanlah kami kekuatan untuk mengharungi ujian di dunia ini  dan janganlah kau lekakan hati-hati ini.



~harith n hashimi x ada dalam gambar~ akanku lakukan apa sahaja agar kalian bahagia

: izinkan aku menangis demi membasahi api kemarahan ini~kaksayangsemua~

1 comment:

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat