Monday, August 1, 2011

kau yang kutunggu

بسم الله الرحمن الرحيم 


السلام عليكم 


dah lamaku menunggu kini kau kembali,
kau sentiasa menjanjikan yang terbaik
namun aku sentiasa leka dengan kehadiranmu
acap kali aku selalu berjanji akan menghargaimu
dan acap kali juga aku mengabaikanmu
namun kau tak jemu untuk kunjung tiba ke dalam hidupku.
ya Ramadhan kali ini aku berjanji untuk lebih menghargaimu
sesungguhnya aku tak pasti kita akan bersua lagi kelak


Alhamdulillah, dengan nyawa yang masih tersisa kita berjumpa lagi dengan Ramadhan. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang menjanjikan dengan seribu satu ganjaran kepada mereka yang berlumba-lumba untuk memperoleh keberkatannya. Sesungguhnya malanglah bagi mereka yang mensia-siakan peluang ini. 

Kali ini merupakan kali ke-3 tidak dapat menyambut awal Ramadhan bersama keluarga. Kali pertama masa di sekolah menengah dulu. Bersama keluarga ataupun tidak penghayatannya adalah sama. Sekiranya difikirkan kembali apabila kita berada jauh daripada keluarga penghayatan untuk beribadat lebih sikit (ayat cover diri yang sedang homesick).

Semalam lepas maghrib orang kat rumah call cikzahiyyah. dapat cakap dengan adik bongsu yang sangat susah nak cakap dekat fon. Tetiba semalam sudi nak cakap dengan kakak dia yang selalu tidur ngan dia. 

cikzahiyyah:adik nak posa x esok?
adik: posa la(nada tegas)
cikzahiyyah: nak posa berapa hari
adik: 30 hari la
cikzahiyyah: oh 30 hari..eh bukan sebulan ka? 30 hari ka sebulan?
adik: 30 hari...
cikzahiyyah: hahahaha

Gumbira rasa hati sebab dapat cakap ngan budak kecik walaupun dah darjah 1. Suara adik cikzahiyyah ni kalau dalam fon macam budak 3 tahun. Kalo x percaya bleh kol kakak dia. kuang3. Kalau bulan Ramadhan ni yang paling sibuk dalam rumah semestinya mak la. Lepas subuh terus dengan menjahit baju yang orang tempah. Kesian mak kan. Semua keja nak buat. kalau maktab ni sebelah rumah kita ja memang tiap-tiap hari kak balik tolong mak buat keja kt rumah. Mesti pahala berganda-gandakan.

Itu semua merupakan senario puasa. Walau dimana pon kita berada peluang berada dalam madrasah Ramadhan harus digunakan dengan sebaiknya. Inshaallah semoga dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini dapat kita mentarbiyah diri ke arah yang lebih baik. 

p/s: perbanyakkan amalan dalam bulan ramadhan kurangkan amalan tidur.=)

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat