Friday, March 30, 2012

disebalik nama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah esaimen pertama sudah berjaya dihantar tadi. Rasa gembira sangat. Oleh sebab terlalu gembira cikzahiyyah rasa macam nak update blog ni.=)

Hari ni cikzahiyyah nak bercakap tentang kisah nama cikzahiyyah. Lepas lahir mak cikzahiyyah bagi nama cikzahiyyah zahriyatun. (mana ada org bg nama anak sebelum lahir). Namanya diberi ilham oleh nenek saudara cikzahiyyah kat sebelah rumah. nama ni telah dipersetujui oleh mak. Oleh kerana mak dalam pantang maka ayah cikzahiyyah la yang ditugas untuk mendaftar nama puteri sulungnya. Bila sampai ja di pejabat pendaftaran nama sudah jadi lain. Dari zahriyatun jadi jadi zahiyyatun. Simple but nice. ngeh. Untuk pengetahuan korang sejak kecil lagi cikzahiyyah dikenali dengan nama atun@kakak@kak.

Demikian sejarah bermulanya nama cikzahiyyah. Zaman tadika dan sekolah rendah cikzahiyyah sangat malu dan segan untuk bagitau nama sendiri. Cikzahiyyah rasa nama tu sangat buruk dan pelik. Dan paling tak suka bila bagitau nama orang tak pernah sebut dengan betul. Lepas tu ada yang akan Tanya berkali-kali. Perkara ini merupakan tekanan psikologi bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar ye korang.

Tapi bila dah mula cerdik barulah bangga bila orang puji nama tu sedap. Siap Tanya maksud untuk letak nama untuk anak lagi. Kadang-kadang nak tergelak pon ada orang banding nama cikzahiyyah dengan nama adik-adik. Yalah nama adik bunyi macam moden tapi kakaknya ala-ala arab gitu. Ada sorang adik  tanya.

“akak, kenape nama adik akak sedap tapi nama akak….”, terkedu cikzahiyyah di situ.( adik:muhd hashimi, elda afiqah, muhd harith mukhlis)
Dalam hati, “adik sorang je yang rasa nama akak x berapa enak”

Haritu masa pergi sekolah untuk tugasan ada pulak cikgu tgk tag nama sambil tanya,

“zahiyyatun apa?”
Pastu cikzahiyyah pon balas
“Zahiyyatun sudahla kak..dah cukup panjang dah nama ni”

Kesimpulannya cikzahiyyah bangga dengan nama “silap” yang ayah bagi. Cuba google berapa ramai yang ada nama macam cikzahiyyah? Dan  Ada hikmahnya ayah tersilap daftar nama sebab dalam bahasa arab zahriyatun maksudnya "pasu bunga".haha. dan zahiyah@zahiyyatun maksudnya “yang indah”.ngeee.  jadi berbanggalah dengan nama yang diberi.





~nama itu doa~

Monday, March 5, 2012

MELAKA


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hujung minggu yang lepas merupakan hari-hari yang sangat sibuk. Jumaat yang lepas cikzahiyyah dan 2 orang kawan iaitu IM asyraf(acap) dan fadiah (fad) telah bertolak ke Melaka. Kami bertiga adalah rakan sekumpulan untuk tugasan esaimen WAJ3106 hubungan etnik. Disebabkan kami bertiga telah sepakat untuk memilih etnik Baba Nyonya, maka kami perlulah berangkat ke Melaka untuk membuat kajian lapangan. (ada gaya macam nak dapat 4 rata x sem ni?).

Kami bertolak pada pukul 5 petang dari Terminal Bas selatan. Segala urusan bas diuruskan oleh acap sebab beliau adalah orang Melaka. Lebih kurang pukul 7 petang kami pon sampai ke Kampung Bukit Cheng ho. (rumah acap).

Selesai solat maghrib dan makan malam kami pon bertolak ke Jonker Walk.di  Jonker walk kami dapat melihat serba sedikit warisan-warisan baba nyonya yang masih ada. Berjalan di jonker walk membuat kami (cikzahiyyah & fad) berasa bagai di  negara China. Huhu,,,macam ngeri jugak. Nasib baik ada 2 orang yang jadi hulubalang kami malam tu iaitu Acap dan kawannya Syuk. So, taklah takut sangat. Sebelum balik ke rumah Acap kami dibawa ke kampung Morten. Suka sangat tengok rumah-rumah tradisional kat situ.



mangkuk tingkat baba nynya


yang baju hitam tu syuk kawan acap dan makcik responden

the nyonya kebaya

salah satu kedai yang menjual kuih baba nyonya

suasana malam
nyonya fadiah =P

Keesokan harinya selepas sarapan kami bertiga menuju ke Jalan Tun Tan Cheng Lock untuk ke Muzium Baba Nyonya. Muzium ni terletak di deretan rumah-rumah kedai. Bayaran masuk adalah rRM10 bagi dewasa. Kami tidak dibenarkan untuk menggunakan kemera semasa di dalam muzium tersebut.  Oleh itu, terpaksalah menggunakan mata dengan sebaik mungkin untuk merakamkan benda-benda yang terdapat di dalam muzium. Penerangan telah disampaikan oleh cik Sabrina(bukan Sabrina belakang rumah korang tu). Rasanya dia bukan dari keturunan Baba Nyonya sebab dia asyik omputih ja.

Selepas itu, kami berhajat untuk menemu bual pihak Persatuan Peranakan Cina. Penat kami tertinjau-tinjau dekat luar pagar pejabat persatuan ni. Rupa-rupanya mereka cuti pada hari sabtu. Padahal dekat jadual tulis lain. Dah la cakap kitorang tak buat temu janji padahal kitorang dah bagitau yang kitorang nak datang. Rasa macam sedikit geram la. Disebabkan takada tempat nak dituju, kami pon mula menjadi pelancong sepenuh masa dengan bantuan pemandu pelancong kami iaitu acap.




muzium baba nyonya



masing-masing  melayan stress



Kami decide nak pergi Taman Rama-rama dekat Ayer Keroh. Sebelum tu kami sempat berkelah dengan group orang asli. Maksudnya group yang  buat pasal etnik orang asli iaitu kak ruhil, zul, fatin, dan kay. Hehehe..kitorang berkelah di Taman Botanikal sambil menikmati makanan yang dibekalkan oleh mak acap. Lepas makan kami pon berpecah mengikut haluan kumpulan masing-masing.



group untuk orang asli




~snap~

~butterflies~



Petang tu jugak kami balik maktab sebab malamnya kami nak prepare barang-barang BBQ untuk program kelas di sg. Congkak.=). dan dikesempatan ini cikzahiyyah nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mak acap dan juga acap keran sudi untuk menerima cikzahiyyah dan fad sebagai tetamu. mak cik sangat best dan masakan mak cik pon best!!! terima kasih mak cik!!


BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat