Tuesday, October 23, 2012

SECRET SCENTS PERFUME


 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Boleh di katakan semua orang yang baca blog cikzahiyyah ni mesti ada pakai minyak wangi @ perfume kan? (ada ka yang bca blog ni?) hari ni cikzahiyyah nak perkenalkan kepada anda semua satu jenama koleksi minyak wangi inspirasi daripada jenama  antarabangsa iaitu Secret Scent. Secret Scent  ni merupakan keluaran umat Islam sendiri yang disahkan oleh JAKIM. Macam mana cikzahiyyah  tahu tentang status brand minyak wangi ni? Cikzahiyyah memang kenal dengan pemilik kepada syarikat Secret Scent. Kawan cikzahiyyah la yang mula-mula memperkenalkan minyak wangi jenama ini.

 Minyak wangi Secret Scent ni terdapat  dalam bentuk roll-on dan juga spray.   Bagi yang roll-on keadaannya adalah sedikit pekat berbanding dengan  yang spray.  Apa yang menarik tentang minyak wangi keluaran secret scent ini ialah ianya dibacakan ayat-ayat ruqyah dan juga sesuai untuk mereka yang mengalami insomnia. (google sendiri kalau nak tau pasal ayat ruqyah). Harganya sangat berpatutan dan tahan lama.

5 ml (roll on)  Sebotol= rm12
5 ml (roll-on) 3 botol/sekotak= rm 30 *boleh campur wangian lelaki dan perempuan
8 ml (roll-n) sebotol = rm 16
8 ml (spray) sebotol = rm18
25 ml (spray) sebotol = rm45
*harga tidak termasuk bayaran pos
 Di bawah ni merupakan senarai jenis haruman yang ada:
my favourites are J'dore, Amor-amor dan Incanto Shine. 

 
ni contoh kotak untuk mereka yang beli sekotak. kalau beli sebotol RM12.. lagi untung beli sekotak kan
 
ini sampel untuk 8 ml
 sesiapa yang berminat untuk membeli perfume Secret Scents boleh mengisi borang pesanan dibawah ataupun emel terus kepada cikzahiyyah di zahiyyahmz@gmail.com ataupun hubungi cikzahiyyah 013-7046638

p/s: sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli juga sangat di alu-alukan =)
.
 




Tuesday, October 2, 2012

episod itu berulang lagi


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Lebih kurang 12 tahun aku tanggung rasa ini. Dan 12 tahun juga aku memandang mereka benci. Bukan kerana aku membenci mereka tetapi mereka yang menyemai rasa kebencian itu terhadap diri mereka sendiri. Aku Cuma inginkan kebahagian sementara agar aku mampu hidup seperti orang lain. Dari luar mungkin mereka mengatakan bahawa aku adalah species manusia yang happening habis. Namun di sebalik topeng itu aku mengalirkan air mata yang deras. Kadangkala aku bermonolog sendiri Kenapa aku yang diuji. Kenapa aku? Kenapa kami? Dan setiap kali itu juga aku bermuhasabah bahawa Allah inginkan kami sentiasa mengingatiNYA. Ampunkan kami ya Allah. Mungkin DIA sudah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kami. Hati aku lebih sayu mengenangkan mereka yang aku sayang. Andai aku perlu korbankan jiwa dan ragaku demi membahagiakan dirimu pasti sudah lama aku melakukannya wahai mak ayah yang aku sayangi. Tetapi aku harus kuat kerana aku adalah harapan mereka. Kadangkala aku rasa mereka yang terdahulu yang bersalah kerana membuatkan kami terjerat dalam permasalahan ini. Cepat-cepat aku beristighfar. Maafkan aku wahai adikku kerana memikirkan engkau masih mentah dalam usiamu. Hari ini aku dapat mendengar dari mak bahawa kau sudah peka terhadap apa yang diertikan dengan tanggungjawab. Adikku, sekiranya engkau mahu untuk memikul beban ini bersama maka akanku buka peluang ini seluas-luasnya untukmu. Ya Allah, kau bukakanlah hati manusia yang berjiwa rakus itu agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka di dunia. Sesungguhnya engkau mampu untuk mengubah hati mereka. Ya Allah ya tuhanku, kau kurniakanlah kami kekuatan untuk mengharungi ujian di dunia ini  dan janganlah kau lekakan hati-hati ini.



~harith n hashimi x ada dalam gambar~ akanku lakukan apa sahaja agar kalian bahagia

: izinkan aku menangis demi membasahi api kemarahan ini~kaksayangsemua~

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat