Sunday, June 26, 2011

tips buat yang sederhana

السلام عليكم


Korang dah baca tajuk entri kat atas kan. Sederhana yang cikzahiyyah maksudkan bukanlah ketinggian individu tersebut. Tetapi sederhana yang cikzahiyyah maksudkan ialah sederhana dalam pelajaran. Klu korang yang baca entri ni jenis orang yang bijak pandai mungkin entri ni tak sesuai untuk korang. cikzahiyyah tulis entri ni sebab nak kongsi pengalaman cikzahiyyah sebagai student yang sederhana dalam pelajaran sejak di sekolah lagi.(rasa rendah diri yang sememangnya rendah) 

stress bila time exam
Pernah tak korang jadi macam ni time nak exam? Mungkin pernah kan. cikzahiyyah pon pernah gak. Jadi kat sini cikzahiyyah nak kongsi tips agar kita tak berterusan jadi macam ni bila time exam.

tips 1: ikhlaskan niat
Macam juga klu nak perform solat. First kita mesti betulkan niat. Niat yang utama sekali ialah kerana Allah. Then barulah kita belajar dapat pahala. Menuntut ilmu tu kan ibadat. Bila kita niatkan belajar kerana Allah maka mudahlah bagi kita untuk mendapat apa yang diajar oleh guru. Mudahkan? lepas kita letak Allah atas ranking yang pertama barulah diikuti dengan yang lain. Niat kerana girlfriend/boyfriend? Yang tu mungkin tak dapat pahala sebaliknya bala. Ok sekarang korang ikhlaskan niat.

tips 2: jaga hubungan
Hubungan yang cikzahiyyah maksudkan bukanlah hubungan perkahwinan. ngeh3. Hubungan yang cikzahiyyah maksudkan ialah hubungan antara Allah dan manusia. Cara kita nak jaga hubungan dengan Allah ialah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Contohnya solat lima waktu yang terjaga, berdoa dan sebagainya. Hubungan dengan manusia pula ialah hubungan dengan orang di sekeliling kita seperti ibu bapa, guru-guru,  rakan-rakan dan masyarakat. Kita sebagai manusia yang berakal seharusnya mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain tak kira tua atau muda.

tips 3: jaga disiplin
Kenapa pentingnya jaga disiplin. Rasionalnya ialah rekod kita akan bersih. Masalah disiplin mcm dtg lewat tu biasa la kan. Sape kt sini yang tak pernah datang lewat ke kelas memang cikzahiyyah tabik la. cikzahiyyah duduk hostel pon selalu dtg lewat g kelas. Selain dtg lewat ke kelas ada lg la kesalahan disiplin yang pernah buat. Tapi tak pernah ada rekod polis la.huahua. Namun bila fikir balik cikzahiyyah tak pernah menyesal pon. alamak lari topik. Sori2. Kesimpulannya kita perlu jaga disiplin untuk mengelakkan kita mendapat imej yang buruk oleh para guru dan masyarakat. Kemudian jadi buah mulut org yang suka menyumpah-nyumpah.

lompat pagar adalah sukan yang selalu diamalkan di sekolah berasrama


tips 4: cara study
Cara study adalah benda yang paling utama. kalau cikzahiyyah, cikzahiyyah tak suka paksa diri. Kalau dah memang tak boleh nak masuk kita jangan paksa. Namun kita buat apa yang kita rasa suka dan mampu. cikzahiyyah rasa kalau duduk hostel lagi senang untuk belajar. Kawan ramai untuk tolong kita (kalau yang jenis x kedekut ilmu la). Tapi kalau dah masuk time exam dan time tu jugak nak study sampai 3 ke 4 pagi x payah la kot. Buat penat diri je. Tapi kalau bagi student IPT situasi tu normal. Buat apa kita nak paksa diri kalau time sebelum exam kita asyik nak main je kan. So, kalau nak exam kita perlu prepare awal-awal. Jgn time exam baru nak paksa diri lebih baik tidur then g kelas dgn muka yang bajet dah habes cover semua chapter. Padahal dlm hati  cuak+ nebes gler(ni adalah kesah cikzahiyyah time sekolah dlu). Cara nak study juga berbeza bagi setiap individu. Ada yang suka baca nota ringkas, ada yang suka buat latihan untuk kukuhkan kefahaman dan ada yang x buat apa-apa. Orang yang x buat apa-apa tu adalah orang yang mungkin xnak berjaya atau mungkin dia adalah dari ketegori genius yang cepat tangkap apa yang diajar.


tips 5: suasana belajar
Wujudkan suasana yang selesa. Sebagai contoh kalau kita jenis yang suka study dalam keadaan sunyi kita boleh study di library. Mungkin ada yang suka buat study group. Itu semua terpulang kepada kemampuan minda individu. Apa yang penting ialah kita selesa.


tips 6: keyakinan diri
Yang paling penting untuk setiap  apa yang kita lakukan ialah yakin. Kalau kita tak yakin dengan apa yang kita lakukan kita akan mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam diri. Tapi jangan samapai over confident. 

tips 7: doa dan tawakal
Doa kat sini juga turut merangkumi sokongan daripada orang yang rapat dengan kita. Bukan sokong macam dalam stadium bola tu ye.hehehe. Sokongan daripada orang lain akan mewujudkan rasa tanggungjawab untuk kita agar berjaya dalam setiap apa yang kita lakukan. Setelah habis kita berusaha kita hendaklah bertawakal dan sentiasa berdoa pada Allah.
contoh sokongan melalui media cetak

Demikian sudah tips yang cikzahiyyah boleh kongsikan. Kalau korang rasa tips ni sesuai dengan korang amalkanlah. Kalau  kurang sesuai takkan cikzahiyyah nak paksa pulak kan. Apa yang palingpenting untuk mencapai apa yang kita inginkan ialah usaha, doa, dan tawakal. seperti kata ulama "doa tanpa usaha itu bohong, usaha tanpa itu bohong"


kita sendiri yang akan melakarkan kejayaan kita 
p/s: cikzahiyyah tujukan tips ni untuk pelajar sekolah. =)


No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat