Wednesday, June 29, 2011

naikkan semangat murabbi dalam diri

السلام عليكم

 بسم الله الرحمن الرحيم


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Untuk entri kali ni cikzahiyyah nak kongsikan ilmu yang cikzahiyyah dapat daripada ceramah motivasi tadi. Ilmu ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama korang semua khususnya yang bakal bergelar seorang guru. Insyaallah.

ceramah tersebut bertajuk  "Sang Murrabi: Mencari semangat Yang Hilang". ceramah tersebut disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhamad Syaari b. Abd Rahman. beliau sangat terkenal dengan ceramahnya berkaitan Sultan Muhammad Al-Fatih seorang sultan yang sangat hebat.


~ustaz Syaari~


nak beli buku ni klik sini
Murabbi kalau diikutkan merupakan tugas yang lebih hebat daripada seorang guru yang meyampaikan ilmu. Murabbi merupakan guru yang bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan bahkan membentuk peribadi, sahsiah dan sikap(maksud yang sama gak) yang terpuji dalalam diri pelajar. tugas tersebut bukan mudah kerana kita dihujani dengan pelbagai masalah sosial remaja yang sangat memalukan. Dalam ceramah tersebut, ustaz menekankan bahawa untuk menjadi seorang guru yang bergelar murabbi kita seharusnya mengamalkan 3 P. 

P 1: Paradigma
Paradigma bermaksud cara kita melihat sesuatu perkara. Sebagai guru kita jangan melihat kejayaan akademik sebagai kejayaan yang hakiki tetapi kejayaan sahsiah dan sikap pelajar adalah yang paling penting. melalui sikap kita yang baik akan menonjolkan potensi yang tersembunyi. Kesan daripadanya akan melahirkan generasi yang berjaya. berdasarkan kajian kemahiran dan ilmu menyumbangkan sebanyak 10%-20% peluang untuk berjaya dan selebihnya ialah sikap. Kesimpulannya, kunci kejayaan seseorang itu adalah sikap yang ada pada dirinya. Oleh itu untuk menjadi seorang murabbi itu kita perlu mengubah sikap para pelajar kita dahulu. (sebelum itu ubah sikap guru tu sama ye)


salah satu masalah yang membimbangkan negara 

sedih tengok bayi yang comel lagi tidak berdosa terima padah akibat  "cinta suci"  manusia
P 2: Pengisian
Pengisian yang dimaksudkan ialah ilmu yang ada pada diri guru tersebut. Sekiranya guru itu berpegang kepada landasan yang sebenar  maka guru tersebut mudah untuk membentuk para pelajarnya.  Sebagai seorang guru kita perlu sentiasa memenuhkan ilmu di dada  supaya tidak menjadi jumud walaupun tugas kita ialah mendidik. Harus diingat setiap apa yang kita samapaikan kepada para pelajar haruslah dikaitkan dengan Islam. Setiap apa yang berlaku di atas muka pasti ada penjelasannya di dalam Islam. cikzahiyyah tertarik dengan kata-kata yang terdapat dalam ceramah tadi iaitu "hati yang mati itu tidak akan dapat menghidupkan hati-hati yang mati".

P 3: Pendekatan
Sebagai bakal guru yang lahir dalam era globalisasi kita seharusnya bijak dan kreatif untuk membentuk hati dan sikap para pelajar. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan. namun, sebagai seorang yang menjunjung sunnah Rasulullah kita seharusnya mengamalkan oleh baginda dalam mendidik. 

Sekian sahaja entri cikzahiyyah lewat malam ini. Diharapkan perkongsian ini dapat menimbulkan semangat yang berkobar-kobar dalam membentuk generasi yang rabbani. (mood:semangat nih!!)

p/s: guru yang hebat itu bukan kejayaan yang diraih tetapi hasil yang telah dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat