بسم الله الرحمن الرحيم
“Tanyakanlah (wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar.” (Al-Mukminuun: 84-89)
 |
dengan mengingati-NYA hati menjadi tenang |
Sunyi, sepi dan sedih. Itu antara perasaan yang cikzahiyyah rasa. Rasa sunyi yang amat sangat. Rasa sunyi bukan secara fizikalnya tetapi spiritual. Rasa kosong. Semalam borak dengan kawan. Dia tanya macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat. Kalau ikut ilmu yang dimiliki tak mungkinlah dia tak tahu cara nak dapatkan khusyuk dalam solat. Apa yang penting ialah penghayatan dalam solat. Sebagai contoh kalau tengok rancangan Mentor atau realiti TV yang lain mesti si pengajar tu mesti akan suruh feel lagu tu sebelum nak menyanyi. itu lagu, kalau nak solat berganda-gandalah feelnya. Secara jujurnya cikzahiyyah teringin nak rasa sangat kenikmatan dalam solat. Macam mana nak dapat khusyuk kalau dalam sembahyang asyik ingat perkara-perkara lain. Time tu lah fikir macam-macam. Mungkin asasnya kita kena check wudhuk kita dulu kot. Kalau wudhuk kita tak sah macam mana kita nak dapat khusyuk kan.
Satu perkara yang cikzahiyyah terkilan dengan diri sendiri ialah ketidakistiqamahan(jangan cari perkataan ni dalam kamus dewan edisi ke-4) diri. Kadang-kadang tu bila baca Al-mathurat pagi, petang dah tak baca. Kalau tanya sebab mestilah banyak alasan yang boleh dikelentong. Tapi itu bukan jadi masalah kalau kita betul-betul nak. Padahal bukannya tak ikhlas nak baca. YA ALLAH...='(
 |
bacalah Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang |
Dari segi pengisian rohani rasanya dah kurang. Hidup dekat IPT semua benda kena cari sendiri. Kalau nak mesti usaha. Dan Inshaallah cikzahiyyah berjanji untuk berusaha mencari pengisian rohani dengan mengikuti majlis ilmu yang dianjurkan.
cikzahiyyah jugak ada impian yang macam agak poyos kalau nak bagi tau. Tapi entri yang akan datang je la cikzahiyyah bagi tahu korang ye. Sekarang cikzahiyyah nak siap-siapkan baju untuk kuliah esok.
 |
duhai mata janganlah kau menangis kerana perkara yang sia-sia |
p/s: suara yang bermunajat di malam hari sambil merintih itu didengari oleh-NYA. Berapa orang diantara kita yang merintih pada-NYA ketika itu.