Tuesday, November 1, 2011

cita-cita

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


sebelum korg nak mencapai ke peringkat umur sekarang dah berapa banyak cita-cita yang korang dah ada? mesti banyak kan? dan ada jugak yang tak relevan langsung. betoi kan? hahaha..takyah nak kelentong la kan. cikzahiyyah pon ada banyak cita-cita sebelum mencecah ke umur 20 sekarang ni. cita-cita cikzahiyyah tu ada yang masih valid dan ada yang dah expired. cikzahiyyah cuba senaraikan cita-cita yang pernah  tersenarai dalam list cita-cita cikzahiyyah.

1) doktor pakar jantung
ni cita-cita cikzahiyyah sejak dari sekolah rendah. kenapa pakar jantung??? sebab jantung ialah pembunuh no.1 pada waktu tu. bila dapat result PMR rasa syok sangat sebab boleh ambik aliran sains. pastu bila keluaq result SPM rasa mcm mendung ja langit ni sebab result subjek BIO mcm tak pernah belajar. namun langit cerah kembali bila cikzahiyyah dapat sambung belajar kat matrikulasi. tapi langit mendung lagi bila tengok terms yang tak pernah dengar oleh telinga ni. pastu barulah sedar yang cikzahiyyah ni tak ade tokoh nak jadi doktor langsung sebab malas. betul la cakap ayah yang cikzahiyyah sesuai jadi doktor jantung pisang ja.='(

2) jururawat
kalau cikzahiyyah tak jadi doktor mungkin cikzahiyyah dah jadi doktor kot sebab cikzahiyyah memang dapat tawaran untuk kolej jururawat KPJ dekat Nilai. sebab takut tak dapat sambung study kat pusat pengajian cikzahiyyah pergi interframe interview untuk apply masuk belajar kat KPJ. tapi secara jujurnya cikzahiyyah takut nak cucuk orang dan takut jugak untuk tengok saat jarum nak melepasi kulit.NGERI!!!! sbb tu bila kena cucuk cikzahiyyah tak tengok nurse cucuk cikzahiyyah. tapi cikzahiyya tak pulak takut pada darah.

3) pembaca berita
yang ni memang rasa macam tak relevan. cikzahiyyah rasa cikzahiyyah memang tak sesuai jadi pembaca berita sebab cikzahiyyah ni ada penyakit gagapisme. bila cakap banyak ataupun cakap secara cepat penyakit tu datang la.hahaha. ~cita-cita ni expired~

4) pereka fesyen
rasa tak nak pilih karier ni sebab bila pikir-pikir balik nanti kalau kita design baju yang mendedahkan aurat mesti kita tanggung saham pemakai tu sama. untuk pengetahuan korang memang cikzahiyyah boleh design baju pon. tapi baju pompuan je la. kesimpulannya cita-cita ni boleh digugurkan~

sekadar gambar hiasan
5) penterjemah bahasa
cita-cita ni rasanya masih valid kalau cikzahiyyah struggle nak belajar bahasa arab. (bahasa arab kau~) tapi kalau cikzahiyyah malas, kirim salam je la.

6) pakar bahasa
cikzahiyyah dulu memang suka subjek bahasa melayu. sebab tu ingat nak jadi cikgu bahasa melayu. tapi rezeki dapat jadi cikgu pendidikan Islam. tapi masih boleh menerapkan bahasa melayu yang betul dalam pengajaran nanti.

7) ahli perniagaan
cikzahiyyah rasa cita-cita ni pon masih valid sebab cikzahiyyah memang sedang menjalankan perniagaan.kih3 tapi ingat bila dah keja nanti nak bukak bisnes katering ataupun bakeri yang akan dikelolakan oleh ahli keluarga. pastu kalau boleh nak kembang-kembangkan lagi perniagaan. best tuuuu..

8) petani berjaya
macam poyo tak? secara seriusnya memang cikzahiyyah memang suka pon dengan tumbuh-tumbuhan. dulu ada niat nak further study kt UPM. tapi UPM tak sudi nak buat macam mana. tapi takpa cikzahiyyah boleh berkebun belakang umah.=)

9) penulis novel
memandangkan cikzahiyyah ni suka berangan jadi memang niat nak tulis novel tu ada. tapi tak tau cara yang tulis. jadi rasanya baik cikzahiyyah berangan sorang-sorang sambil tulis blog dah la kot.


 "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.


walauapapun cita-cita yang berjaya mencuri hati dan perasaan cikzahiyyah ialah guru. karier guru memelukan kita untuk merawat rohani murid kita. murid dan ibu bapa sebagai pelanggan kita. guru yang bakal menterjemahkan kepada murid segala yang mereka perlu fahami. guru juga  petani yang perlu menyemai benih-benih kejayaan kepada murid. guru sebenarnya satu kerjaya yang membolehkan seorang itu menjadi semua karier seperti jurutera, arkitek, doktor dah sebagainya. maka berbanggalah menjadi seorang guru. dan cikzahiyyah kerana bakal menjadi seorang guru!!!!

p/s: raya haji kali ni disambut bersama sahabat-sahabat di asrama...


8 comments:

  1. Abe masa kekecik cita-cita nak jadi askar. Tapi bila besar tak bley la plak sebab tak cukup tinggi...
    Camner tu?

    ReplyDelete
  2. tu mknanya cita-cita abe xkesampaian la tu...ada lagi y lebih baik drpd jd askar..hihi

    ReplyDelete
  3. jadi cikgu maksudnya boleh jadi semua di atas:)

    ReplyDelete
  4. ada tak cik zahiyyah bercita2 nak jadi suri rumah? huek3...

    ReplyDelete
  5. seriously mmg ada...tp malu nak tuliss.hihi

    ReplyDelete
  6. amboihhh..banyaknya cita-cita kamooo..hihi

    ReplyDelete

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat