Thursday, November 10, 2011

lOvE !S C!ntA

        
بسم الله الرحمن الرحيم


     


bercinta, bermadu kasih, ber"couple" atau apa2 sahaja la istilah yang melibatkan dua hati antara laki dan perempuan itulah  entri yang cikzahiyyah nak kongsikan. secara jujurnya cikzahiyyah tak berapa yakin nak tulis pasal ni. salah satu ialah takut pandai ja dok komen orang last sekali aku pulak yang buat perangai tu. bak kata omputih "reflect". tapi kalau cikzahiyyah tak tulis kau nak tulis ke? (semoga aku terlindung daripada perkara yang kau murkai ya Rabbi). terima kasih buat dua orang sahabat yang bagi idea untuk buat entri ni.=)


sejak akhir-akhir ni ramai rasanya pasangan yang masih muda mendirikan masjid. Alhamdulillah semoga perkahwinan tersebut diberkati dan berkekalan sehingga akhir hayat. 

tapi cikzahiyyah tengok ada sesetengah pasangan yang kemaruk bercinta dan kahwin atas dasar nafsu semata-mata. yang paling sedih lagi ekonomi sendiri pon x stabil ada hati nak kahwin. dan yang paling sedih (berapa kali sedih daa) ilmu agama pon tak ada. ada kes mandi wajib pon tak tahu. Astaghfirullahala'zim.


bahagia ke bercinta ni? ada kawan yang kononnya bercinta dapat restu keluarga. bercinta tak ingat dunia. 3 ke 4 tahun bercinta akhirnya putus. mana restu yang kau dapat tu? kau dah pegang sana sini pastu berpisah macam tu ja. nak cakap bodoh, belajar sama ja macam aku. kalau nak cakap pasal background family dia, memang sah la cikzahiyyah lagi kerdil. tapi di mana silapnya? silapnya ALLAH tu tak restu hubungan tu. hubungan kau tu halal ke? hubungan macam mana yang dikatakan halal ialah hubungan selepas lafaz akad nikah. lepas tu kau nak dating sampai pagi ke, nak berpimpin tangan sampai taknak lepas pon orang tak cakap apa.







sebenarnya apa kesan hubungan yang tak halal sebelum nikah? kesan dia adalah pada anak-anak yang bakal dilahirkan. ibu bapa merupakan perantara yang akan membawa anak itu ke dunia. kalau jalan yang bayi tu lalui pon penuh berkudis macam mana agaknya apabila dia dah besar nanti. Oleh itu, para ibu bapa jangan terkejut kalau anak kita berperangai tak senonoh. cuba muhasabah balik diri kita. kita dulu sebelum kahwin macam mana. 

"Ketika ditanya kepada ayah imam abu hanifah bagaimana beliau mendidik imam abu hanifah sehingga menjadi begitu tinggi darjatnya di sisi Allah (orang yang berilmu tinggi darjat di sisi Allah), maka beliau menjawab : Aku mendidiknya 40 tahun sebelum kelahirannya." 
Ini bermakna ayah imam abu hanifah telah menjaga dan mendidik dirinya sendiri supaya anak yang bakal lahir kelak iaitu imam abu hanifah adalah anak yang soleh dan melaksanakan amanah sebagai khalifatullah di dunia ini.-sumber-

kalau kita tengok muda mudi kita sekarang ni tak kahwin lagi dah pandai bersayang -abang, baby-honey, kalau yang konon nak islamik sikit umi-abi. buwekkk.. nak muntah aku.:-p




orang yang ada ilmu agama dan tahu hukum-hakam ni tak payah la nak buat perangai budak-budak sekolah kot. nampak sangat akal kita lagi rendah daripada cimpanzi~

kesimpulannya yang lelaki kalau dah berkenan sangat dengan yang perempuan pergilah meminang.kalau takdak duit buat lah part-time job atau kerja-kerja yang bagi korang income.




kalau yang tengah single mingle dan rasa susah hati takde orang nak  jadi isteri atau suami kamu just stay dan tingkatkan amalan kamu di dunia ni. inshaallah Allah akan sediakan seseorang untuk kamu di syurga kelak...


~bercinta sampai syurga~




p/s:mak dan ayah x bercinta pon tapi alhamdulillah kekal ja=)

9 comments:

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat