Saturday, May 14, 2011

indahnya bila disayangi

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

Curi masa nak buat entri baru. Semalam nak buat entri baru tapi sistem blogger ada problem ape ntah. Dan sekarang cikzahiyyah nak bekongsi sesuatu dengan korang semua. Cikzahiyyah sebenarnya baru je masuk bilik cikzahiyyah yang je bru siap wiring. Dah dekat 3 bulan kot cikzahiyyah menumpang di bilik kawan. Dan kesempatan ini cikzahiyyah nak ucap jutaan terima kasih buat Liyana Mokhtar dan Huwaina Yusof kerana sudi menumpangkan cikzahiyyah selama ini. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian.

Sekarang ni cikzahiyyah tinggal sorang kt bilik. Rumate cikzahiyyah x sempat nak masuk lagi sbb dia busy. Aku merajuk seminit dgn ko wahai rumateku.  Jadinya dah 3 malam cikzahiyyah tidur sorang kt bilik. Bila ada org ty:

 "x takut ke?" 
cikzahiyyah ckp je"tawakal je"
sambil dalam hati cakap ALLAH kan ade


Alhamdulillah xde pape gangguan setakat ni. Sebenarnya cikzahiyyah sekarang dilanda penyakit homesick, rindu, dan sebagainya. Dah lama x balik rumah. Jadinya rasa macam syahdu ja bila duduk sorg2 kt bilik. Hanya telefon yang menjadi medium untuk melepaskan rindu pada orang kt rumah. 

Semalam call mak. Ty pasal tok(nenek). Pastu mak pon cakap tok ada call cikzahiyyah. Tp x dpt. Memang la tak dapat sbb kak dah tukaq nombor fon la tok. Sori tok hari tu lupa nak save no kak dlm fon tok. Kak tau tok rindu kt kak kan. Kak pon rindu kt tok. Cuti ni kak blik kg ek. Hari tu dah suruh tok save sendiri no cikzahiyyah. Tp dia ckp dia x pandai. EXCUSE ME!!! Yang tu dia mmg xpandai ok...Tp tok cikzahiyyah bleh drive kot!!!..tok korang pandai drive ke...opsss takbur plak...Sori  ye korang. I really didn't mean it. :-(

Itu antara individu yang sayang kt cikzahiyyah. Tok, insyaallah nnt kak tepon tok. Seterusnya, cikzahiyyah  nak cakap kawan-kawan plak yang syg kt cikzahiyyah. Nak dijadikan cerita, last week cikzahiyyah nak ambek exam TITAS. Tp cikzahiyyah ke"blur"an nak study subjek tu. cikzahiyyah mmg lemah sikit bab2 sejarah ni. Pastu cikzahiyyah call kwn baik cikzahiyyah nak suruh dia bg motivasi skit. Alhamdulillah lepas ckp ngan dia cikzahiyyah rasa tenang dan bleh study. Teima kasih wahai sahabatku. Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat yang boleh membawaku ke jalanMU dan sentiasa mengigatkanku kepadaMU.

Klu nak di reflect balik. Sebenarnya Tuhan tu Maha Hebat. Di saat kita merasakan diri kita dilanda kesusahan Allah akan menghantar perantara untuk memujuk hati kita. Subhanallah. Dalam cikzahiyyah rasa rindu yang mendalam t'hadap orang lain. Rupanya orang lain pon rindukan cikzahiyyah. Ahaks. Di saat kita dilanda problema ada orang yang mampu mengurangkan beban yang kita hadapi. Indahnya hidup bla kita disayangi oleh orang lain. pesanan cikzahiyyah pada korang yang single mingle dan ingin disayangi oleh mereka yang belum halal bagimu. Lupakan je lah dulu yek. Kerana ada ramai lagi yang boleh menyayangimu. Dan perasaan itu dapat mengalirkan pahala yang bermanfaat kepada kalian. Maha Suci Allah. 

Wallahualam


p/s: cintailah sahabatmu semata-mata kerana Allah. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu dan bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat