Tuesday, May 17, 2011

selamat hari guru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم 

-
-
-
-
-


selamat hari guru pada semua guru-guru di malaysia. terutamanya guru-guru di SK Suka Menanti, SMK Tunku Abdul Malik, SMK Agama Kedah, pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, pensyarah-pensyarah di Institut Perguruan Islam. tak lupa juga buat guru-guru yang pernah mengajar cikzahiyyah di Taska Masjid Lutfi dan guru-guru di kelas memandu KAFA. Jasa kalianlah yang membuatkan cikzahiyyah berjaya sampai ke tahap ini.



kalau ada sambutan hari guru di sekolah mesti akan kedengaran bait-bait sajak yang berbunyi:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama

Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
(Usman Awang)



tanpa guru siapalah mereka...
jadi sapa lagi hebat? guru atau PM?..ngeh3





Sekiranya kita dapat hayati maksud sajak ini kita dapat merasakan betapa besarnya peranan guru dalam melahirkan insan pada agama, bangsa dan negara. Namun begitu, berapa ramai dalam kalangan kita yang telah menjawat jawatan besar pada hari ini ingat akan pengorbanan para guru yang telah mendidik kita. Berapa orang dalam kalangan kita yang sanggup turun ke sekolah untuk berbakti dari segi tenaga dan wang ringgit sebagai tanda terima kasih kepada tempat kita memperoleh ilmu. Dan yang paling sedih lagi, berapa orang dalam kalangan kita yang menitipkan doa pada gurunya setiap kali selepas solat. cikzahiyyah ingat lagi waktu sekolah dulu, cikgu tak pernah berkira masa untuk mendidik dan memberi ilmu walaupun pada waktu tersebut merupakan di luar waktu tugasnya. Mereka sanggup meninggalkan anak, isteri atau suami demi mendidik anak bangsa. Sungguh besar pengorbanan mereka Ya ALLAH. Tapi, berapa ramai antara kita yang berterima kasih pada guru semasa memperoleh kejayaan yang cemerlang. Bila di "interview" oleh wartawan, tiada pon ucapan terima kasih yang diucapkan kepada guru.

Berbalik kepada topik perbualan kita iaitu Hari Guru. Sejarah hari guru bertitik tolak daripada  peristiwa di mana pada tanggal 16 mei  tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju menerima cadangan-cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajaran.Dokumen itu yang juga dipanggil sebagai Laporan Razak telah menjadi dasar pelajaran bagi negara kita. Bersempena dengan peristiwa itulah setiapa tahun pada 16 Mei kita akan menyambut sambutan hari guru.

Apakah tujuan kita merayakan hari guru?

Enam objektif Hari Guru yang digariskan dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia:
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Sebagai seorang bakal guru, cikzahiyyah berharap sangat agar dapat mendidik generasi akan datang supaya menjadi insan yang seimbang dari segala aspek (baru sudah study Falsafah Pendidikan Kebangsaan). cikzahiyyah juga merasakan betapa besarnya peranan guru dalam mencapai hasrat tersebut. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dan dilalui. Tanpa kesabaran dan kekuatan yang kental, mustahil untuk para guru mendidik anak bangsa kita pada hari ini.


p/s:guru merupakan kerjaya yang disebut di dalam Al-Quran(orang berilmu). Agama lain meletakkan taraf yang tinggi kepada profesion perguruan. Dan 
saya bangga menjadi guru!

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat