Tuesday, May 10, 2011

Jawi dijulang Al-Quran dijunjung

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah hampir seminggu cikzahiyyah tak berceloteh dalam blog. Hujung minggu yang lepas cikzahiyyah telah berkesempatan untuk melawat ke Kelantan. Apa yang cikzahiyyah nak cerita kali ini bukan tentang keistimewaan tempat yang dilawati. Korang mesti ingat cikzahiyyah nak citer pasal Pasar Siti Khadijah ke Wakaf Che Yeh ke kan??

Semua tu bukanlah topik yang cikzahiyyah ingin tulis pada kali ini. Sepanjang perjalanan cikzahiyyah di Kelantan ada sesuatu yang sangat menarik perhatian cikzahiyyah. Sesuatu itu ialah papan tanda kedai, jalan dan sbgnya. 

Mesti ada suara sumbang yang nak cakap 

"poyonya pompuan ni. Papan tanda pon nak jadi isu ke?"

"tolong la tak de ke isu yang lebih membangun ke. Papan tanda pun mau jadi topik ke"


Dah agak dah. Korang mesti pikir mcm tu kan. Sekarang ni korang diam dan terus baca apa yang cikzahiyyah tulis. Apa yang uniknya tentang papan tanda di Kelantan ialah ianya turut di tulis di dalam tulisan jawi. Cuba korang fikir ape fungsi tulisan jawi dengan kita dan berapa ramai masyarakat kita yang tidak boleh membaca jawi. 

Nampak mcm remeh kan isu ni. tapi inilah yang terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. cuba korang fikir sejenak (sambil pejam mata). Kalau orang tu tak pandai baca jawi, agak-agak dia boleh baca Al-Quran tak?

Huruf-huruf jawi ni sebenarnya merupakan pinjaman daripada huruf-huruf Arab. Namun, ada beberapa huruf jawi yang tidak terdapat dalam huruf arab. Tulisan jawi juga merupakan identiti masyarakat melayu kita yang beragama Islam. 

Sebagai generasi muda kita seharusnya memartabatkan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan pada kita semua. selain daripada papan tanda, mungkin kita boleh menggunakan tulisan dalam penerbitan akhbar. Sekiranya ingin dikira berapa banyak media cetak yang menggunakan tulisan jawi sebagai perantara untuk menyampaikan ilmu dan maklumat.

Sebelum cikzahiyyah nak menutup tisu isu kita pada hari ini, cikzahiyyah ingin bertanya kepada para sahabat cikzahiyyah sekalian kenapa harus malu untuk memartabatkan tulisan jawi sedangkan tanah yang kita pijak ini ialah tanah air kita sendiri???. kita sudah 53 tahun merdeka. dan seharusnya kita berbangga dengan apa yang kita miliki.

p/s: semangat berkobar-kobar untuk memperjuangkan khazanah jawi..ahaks :-)

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat