Friday, April 8, 2011

lumrah kehidupan

السلام عليكم


 Entri kali ini ditulis ketika cikzahiyyah sedang membuat esaimen PBS( apa motif bg tau ni??? nak ckp diri tu rajin ke???)
Hari ini cikzahiyyah menjalani kehidupan yang tenang dan sejahtera mcm teks ucapan plak...kih3
Berbeza dengan hari-hari sebelumnya cikzahiyyah telah diekori dgn pelbagai dugaan dan tekanan y boleh membekukan mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Nonsense!!!
Tp itu mmg fakta yang korang xboleh nak auta.
Masalah merupakan perencah yang akan mengindahkan lagi kehidupan kita

Hahh?? X paham??

Ok let's me explain.
Analoginya mcm nilah.
Kalau kita nak makan sambal tumis petai dengan udang 
nak sambal tu sedap mestilah ada rasa garam, gula, dan asam. Semua cukup rasa Then barulah sedap.



(teringat gambar sambal udang dekat mr GOOGLE..wawawa..sedapnya) 


Mcm tulah jugak dengan kehidupan kita. Kalau asyik rasa gula ja boleh kena penyakit kencing bergula manis tau....maksud yang tersirat ialah kalau kita asyik berada di zon yang selesa ja kita tak akan merasakan apa itu nikmat kehidupan. 

Namun kalau kehidupan kita tu asyik diuji dengan masalah ja jgn pula merungut. Sebenarnya pada waktu itu  kita sebenarnya sedang diuji oleh ALLAH. Pada waktu mcm nilah  kita dapat mengukur tahap keimanan kita. bg ceramah la pulak cikzahiyyah

No!!! Ni semua dah t'tulis dalam al-Quran la sayang oiiii

Firman Allah:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman,              sedangmereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)





Firman Allah:

Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, yaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah? (Al Baqarah: 214)


Allah dah sebut dalam Al-Quran pasal ujian ni. kita sebagai hambanya mestilah berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang bijaksana dan berhikmah.

Kebaikan yang bakal kita peroleh ketika diuji ialah kita dapat melihat kawan mana yang akan menolong kita sewaktu kita dilanda  masalah. Bak kata m.cik2 dekat kg cikzahiyyah a friend in need is a friend indeed.



with my roomate...kitorang pon kdg2 ade masalah gak tp xde la sampai bergusti
Selain itu, kita juga dapat muhasabah diri kita ttg segala perbuatan yang telah kita lakukan sebelum ini...pastu kita dapat melakukan  perubahan terhadap kesalahan atau kekurangan kita itu.

p/s:orang y paling bermasalah adalah orang y x tahu apa masalah yang dia hadapi

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat