Thursday, April 21, 2011

MY BABY

assalamualaikum


first sekali jangan salah faham dengan tajuk entri kali ini ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik yag bercadang nak buat cikzahiyyah jadi menantu (tolong abaikan ayat diatas)

this is not like what are u expecting ok (betoikah ini ayat???)

tadi cikzahiyyah solat Zohor kat masjid. sebelum melangkah masuk kat dalam ruang masjid, cikzahiyyah terpandang seorang bayi yang SANGAT comel. apa lagi terus la meluru ke arah si kecik itu. sangat comel la itu budak.geram. kulit sangatlah putih macam anak cina. pipi putih+gebu+merah+tembam. kalau korang jadi cikzahiyyah geram tak? mesti la geram kan. yang seronoknya ngan baby ni ialah dia mesra alam dan asyik depa-depa tangan mintak didukung. ala comelnya dia. setelah main-main dengan si kecik tu, cikzahiyyah pon pergilah menunaikan solat Zohor.


korang jangan tak tau ya yang cikzahiyyah ni seorang yang sangat suka dengan kanak-kanak dan juga para bayi. bukan setakat cikzahiyyah tapi seluruh ahli keluarga cikzahiyyah. mungkin dah terpengaruh dengan ayah cikzahiyyah yang sangat mesra dengan kanak-kanak. satu yang cikzahiyyah tabik dengan ayah cikzahiyyah ialah semua baby nak dengan dia. apa la yang ada pada my daddy tu agaknya. 

pengalaman mengasuh baby secara total ialah adik bongsu cikzahiyyah. memandangkan kelahiran adik cikzahiyyah adalah sangat dinantikan oleh kami jadi kami tidak kisah untuk mengasuh si kecik itu walaupun basuh berak dia. kami tiga beradik sangat cemerlang sekiranya untuk diberi tugas mengasuh baby kecik ni(perasan seketika)

sekarang baby kecik yang menjadi mangsa kami ialah anak cousin cikzahiyyah sebelah rumah Muhd Rafiq Rayyan. rindu pulak kat budak kecik ni. kalau balik rumah mesti nak kena tengok dia. kadang-kadang kalau mak dia ada hal cikzahiyyah dan keluarga yang mengasuh si kecik ni.

begitulah entri cikzahiyyah kali ini. cikzahiyyah dan para bayi dan kanak-kanak tidak dapat di pisahkan. (dah nampak ciri-ciri keibuan la tu...wakakaka)


koleksi bayi yang ada dalam family cikzahiyyah


adik bongsu cikzahiyyah(kecik)
 harith mukhlis

harith mukhlis 

afiq

alia aqilah

rafiq rayyan

aniq mualfy
fatin nabila

p/s: tenang bila tengok muka kanak-kanak yang suci tanpa sebarang dosa.

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat