Monday, April 18, 2011

20 sudaa

السلام عليكم

pelanggan berokband tlg bukak video ni sambil baca entri kali ni


Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana DIA mengizinkan aku untuk bernafas sehingga ke detik ini
Sesungguhnya semakin bertambahnya umur semakin dekat kita melangkah untuk menemui pencipta
Ya Allah..permudahkanlah aku untuk pergi menemuimu
Sesungguhnya aku takut kiranya aku tersadung di tengah jalan kerana dosa yang telah aku lakukan

 
buat kekasih mak tersayang
kaulah wanita yang paling hebat pernah aku temui
terima kasih kerana sudi 
mengandung
melahirkan
menyusu
mengasuh
mengasihi
dan sbgnya
sesungguhnya jasamu tak terbalas oleh anakmu ini
tiada kata yang dapat kuucapkan betapa aku sayang padamu 
tiada hadiah yang dapat kuberikan untuk memberitahumu betapa besarnya jasamu padaku


Buat ayah tercinta
terima kasih atas segala yang telah kau berikan pada anakmu ini
hanya doa dan deraian air mata sahaja yang dapat ku pohon 
pada Maha Pencipta agar kau diberi ganjaran yang selayaknya
terima kasih duhai ayah


Guruku
kau bagaikan ibu dan ayahku
tanpa usaha dan doamu tak mungkin aku sampai ke tahap ini
apa yang keluar daripada mulutmu bagaikan mutiara yang amat berharga
terima kasih duhai guru


sebak tak entri cikzahiyyah kali ini.? besday kali ini cikzahiyyah sambut dalam keadaan demam selesema dan batuk. so, rasa macam lagi syahdu. ucapan besday  telah disampaikan oleh mak, dan semua kawan-kawan melaui FB, mesej, dan juga call. terima kasih selagi buat kalian. tp hadiah tak nmpak lg pon...huahuahua..
cikzahiyyah tak harap pon. apa yang lebih penting ialah ingatan. (tp klu bg ambek la)


p/s: hepi besday to me ~ dah 20 dah =boleh kahwin :-)

No comments:

Post a Comment

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
no telefon
alamat
tempahan

Create a web form here
 

Copyright © 2011 Reserved to THE STORY OF Design with love by CikBulat